KUCHING City FC melakar kejutan ke atas Selangor FC dalam perlawanan pertama Piala FA selepas menumpaskan skuad Gergasi Merah di Stadium Negeri, Sarawak pada Sabtu.
Selepas mendahului pada babak pertama menerusi Ronnie Fernandez, pasukan pelawat terikat setelah kapten tuan rumah, James Okwuosa mencuri kelebihan daripada situasi bola muntah.
Kedudukan 1-1 itu kekal selepas wisel penamat ditiupkan dengan skuad The Cats sudah tentu berpuas hati dengan persembahan dipamerkan, lebih-lebih lagi dari segi pertahanan.
BACA LAGI: RM40,000 kutipan tabung solidariti diserah kepada Selangor FC — Exco
BACA LAGI: Fans tak berlapik kritik teguran Sultan terhadap isu Selangor FC-MFL
Fernandez meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan pada babak pertama. — Facebook/Selangor FC
Kegembiraan itu berganda pada babak kedua selepas penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah meletakkan pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak melakar kebangkitan pada minit-minit akhir.
Pemain pinjaman dari Terengganu FC itu menghukum Selangor FC selepas bek kanan mereka, Sharul Nazeem Zulpakar yang cuba mendada bola kepada penjaga gol pasukannya, Sam Somerville.
Kelincahan Mintah jelas gagal disedari benteng pertahanan skuad Gergasi Merah yang kemudiannya terpaksa akur selepas ketinggalan dengan jaringan tersebut.
Serangan demi serangan tidak membuahkan hasil, lebih-lebih lagi selepas Fernandez dikawal ketat selain hantaran dari pemain sayap, Alvin Fortes dan Aliff Haiqal Lau beberapa kali tersekat.
Kekalahan itu menyaksikan rekod tanpa kalah Selangor FC musim ini lebur selepas mengharungi empat perlawanan meskipun dianggap tewas pada aksi Piala Sumbangsih.
Bagaimanapun, kelab Lembah Klang berkenaan sudah tentu tidak akan terlalu kecewa memandangkan mereka berpeluang bangkit dalam aksi timbal balik di Stadium MBPJ, Selangor pada Sabtu depan.
Bagi Kuching City pula, mereka sudah tentu berpuas hati dengan kemenangan kedua yang dicatatkan dalam Liga Malaysia musim ini selepas turut menewaskan kelab dari Lembah Klang, Kuching City FC dalam saingan Piala FA. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram