Penyokong Sri Pahang risau mental pemain Tok Gajah tak kuat lawan JDT


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Pemain Sri Pahang melakukan persiapan terakhir sebelum bertemu JDT.

SRI Pahang FC akan berkunjung ke tanah selatan untuk bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan keempat Liga Super dalam misi untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata berharga pada Sabtu.

Dalam dua perlawanan terakhir, Pahang merekodkan satu kemenangan dan seri untuk meletakkan mereka di kedudukan kelima Liga Super setakat ini.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad akan menerima cabaran hebat daripada JDT yang merekodkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan terakhir.

BACA LAGI: Ultras Penang beri teguran ingat asal usul sokong kelab sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik staf SNBJ buang air 'ditiru' di stadium Euro 2024

Hadir dengan moral kekalahan Piala FA tempoh hari, Sri Pahang mesti mahu bangkit supaya prestasi semasa Tok Gajah tidak berada di bawah.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial khabar angin menyatakan kem Pahang tidak berada dalam keadaan baik kerana masalah tunggakan gaji.

Ini juga selepas beberapa pemain pasukan itu secara terbuka memberikan gambaran bahawa Sri Pahang bergelut untuk membayar gaji.

Melihat situasi semasa pasukan, penyokong menyarankan agar Sri Pahang tidak hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor Bahru, Johor.

"Gaji tak bayar, tak perlu pergi SSI buat rosak mental pemain sahaja," kata Shakur Sajri.

"Tak perlu main bola sebulan ke? Buat bazir bayar gaji beribu-ribu sahaja, keuntungan tak ada masuk pun," jelas Zafran Zahra.

"Satu mata pun mujur dah gaya macam menang," luah Haspul Deraman.

Luahan yang dilemparkan penyokong itu sedikit sebanyak menunjukkan mereka bimbang dengan Sri Pahang ketika ini.

Namun begitu, status tunggakan gaji pasukan Pahang masih lagi tiada laporan rasmi daripada pihak kelab sehingga kini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram