Hampir 2 tahun tiada kelab, bekas tonggak Kedah umum gantung but


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Sanrawat sempat membantu skuad Helang Merah mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2022 Zon Asean. — Instagram/Sanrawat

BEKAS pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sanrawat Dechmitr mengambil keputusan untuk bersara daripada arena profesional bola sepak selepas 17 tahun bergelar sebagai pemain.

Pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan Thailand berkenaan mengumumkan persaraan di laman Facebook rasminya miliknya pada Jumaat dengan memuat naik kenangannya sepanjang karier sebagai pemain bola sepak.

Arkitek itu memulakan perjalanan bola sepak bersama Kasem Bundit sebelum terbang ke Singapura menyertai Tampine Rovers (2009-2010). Dia juga sempat beraksi bersama Bangkok Glass (2010-2012) dan BEC Tero Sasana (2012-2014).

BACA LAGI: Perak, Kedah, Kelantan wajar sambar 3 'free agent' sehandal Afiq Fazail untuk baiki posisi tengah

BACA LAGI: 'Tiada bajet tapi mahu berkualiti?', 4 bintang import Asean masih status 'free agent'

Sanrawat berkhidmat paling lama bersama Bangkok United dari 2014 hingga 2022, sebelum dipinjamkan seketika ke Ratchaburi FC dari pertengahan musim 2021 hingga Jun 2022.

Selepas bersama Bangkok United selama sembilan tahun, Sanrawat yang kini berusia 34 tahun itu pernah menyarung jersi Sang Kenari bagi memperkukuhkan jentera tengah mereka pada jendela perpindahan kedua 2022.

Sejurus enam bulan berkhidmat bersama Kedah, Sanrawat kembali ke Bangkok United pada penghujung musim 2022 namun kontraknya ditamatkan pada Januari 2023 dan akhirnya memilih untuk beraksi di kelab amatur Thailand.

Jika jalan cerita kebanyakan pemain lain akan menamatkan karier mereka di divisyen tertinggi, lain pula cerita Sanrawat apabila menggantung butnya ketika berstatus ejen bebas selama dua tahun.

Mengakhiri kisah sebagai pemain bola sepak tanpa sebarang aksi penutup karier bagi seorang bintang yang pernah tersenarai sebagai salah kesebelasan terbaik dalam saingan Piala AFF 2018 itu adalah sangat mengewakan.

Pun begitu, pemain itu masih kekal diingati sebagai salah seorang import terbaik Kedah pada 2022 apabila Sanrawat menjadi watak penting Sang Kenari bagi saingan domestik dab Piala AFC.

Selain mahir melakukan hantaran berkualiti, jeneral tengah yang pernah tersenarai kesebelasan terbaik dalam saingan Piala AFF 2018 itu cukup dikenali dengan kesungguhannya untuk merebut bola daripada pihak lawan.

Ciri-ciri tersebut pastinya cukup digemari pasukan Liga Super yang mengharapkan seseorang yang sanggup bertungkus-lumus dalam membolehkan pasukan menyerang dengan lebih yakin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram