Menghadap Sultan Selangor: Hamidin keluar kenyataan Sabtu


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Hamidin terus berdepan tekanan daripada pelbagai pihak atas pelbagai kemelut yang timbul kebelakangan ini.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok (Sabtu).

Difahamkan, kenyataan itu bertujuan bagi menerangkan gambaran sebenar berhubung apa yang berlaku melibatkan titah murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mendenda Selangor FC sebelum ini.

Sebelum ini, Hamidin mengesahkan sudah menghubungi Istana Selangor untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

BACA LAGI: Fans tak berlapik kritik teguran Sultan terhadap isu Selangor FC-MFL

BACA LAGI: Lepas persoal layanan Selangor, TMJ dedah perbualan dengan Shahril Mokhtar

d1b9c5610bcb451edce22230358e82c5

Sultan Selangor masih belum menerima permohonan Hamidin untuk menghadap Baginda.

Namun, permohonan itu difahamkan masih belum diperkenan selepas satu laporan media mengatakan perkara berkenaan pada Jumaat.

Terdahulu, Hamidin yang juga merupakan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia meminta untuk menghadap Sultan Selangor atas layanan tidak adil dialami skuad Gergasi Merah.

Ini berikutan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan denda yang dikatakan tidak adil selepas kelab Lembah Klang tersebut menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta'zim pada 10 Mei lepas.

Tindakan berkenaan jelas membuatkan rasa kurang senang daripada penyokong yang beranggapan badan pengelola bola sepak negara tersebut tidak membuat keputusan bertimbang rasa atas insiden yang menimpa bintang Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid suspek tidak dikenali beberapa hari sebelum itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram