'Rembau most wanted', bintang Arsenal tak pasti boleh beraksi bersama Harimau Malaya atau Jamaica


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Emile Smith Rowe mengakui mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya. — Agensi

NAMA bintang muda Arsenal, Emile Smith Rowe menjadi sebutan penyokong tanah air apabila mengakui memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Pendedahan mengejut itu dikongsikan oleh Frfuturetalents di laman Instagram pada Khamis.

Menerusi gambar e-mel yang dihantar kepada Futuretalents, pemain tengah berusia 23 tahun itu mengakui mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Sementara itu, ayahnya pula memiliki darah Jamaica.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Messi' Malaysia dikesan di Kampar

BACA LAGI: [VIDEO] Saya nampak kelemahan Kedah — Akmal Rizal

Emile

Tangkap layar e-mel yang dikongsikan oleh Futuretalents mendedahkan Emile Smith Rowe mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

“Memang betul, nenek dari sebelah ibu saya lahir di Malaysia, lebih tepat di Rembau, Negeri Sembilan jika saya tak silap.

"Jadi, itu menunjukkan saya memiliki hubungan dengan Malaysia. Tetapi saya juga bangga dengan darah warisan Jamaica saya,” katanya.

Keupayaannya mengatur pelbagai corak serangan untuk Arsenal turut menarik minat pengurus England, Gareth Southgate.

Melihat kepada prestasi cemerlang pemain berketinggian 1.82 meter itu pastinya akan menjadi penghalang buat Smith Rowe untuk mewakili Malaysia.

Bukan itu sahaja, Smith Rowe sudahpun merekodkan tiga penampilan antarabangsa untuk The Three Lions dari 2021 hingga 2022.

“Saya tak tahu sama ada saya boleh mewakili Malaysia atau Jamaica lagi kerana saya telah membuat penampilan bersama England," jelasnya.

Meskipun begitu, Smith Rowe tetap bangga dengan latar belakangnya.

"Tapi saya berbangga dengan latar belakang saya,” tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram