Isu pemain kanak-kanak 'tantrum' tidak normal — jurulatih akademi bola sepak


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Tangkap layar daripada klip keganasan dilakukan kanak-kanak berkenaan ketika perlawanan tersebut.

UNTUK membentuk seorang pemain bola sepak yang berkualiti, ia mesti bermula daripada usia awal. Sejak dari peringkat sekolah, satu-satu pemain akan dibentuk dengan pengajaran asas mengenai sukan itu baik dari segi teknikal dan taktikal.

Malah, di Eropah, ada kanak-kanak yang dilatih seawal usia tiga atau empat tahun. Pendedahan yang begitu awal itu adalah usaha untuk membantu perkembangan kanak-kanak tersebut dalam sukan bola sepak.

Namun begitu, dalam proses perkembangan, pasti akan ada masalah yang dihadapi sebelum kanak-kanak itu menjadi pemain kompeten.

BACA LAGI: [VIDEO] Cepat 'koyak' atas padang, budak jersi no 4 tiru gaya Cantona protes kena layang kad aksi bola sepak Bawah 8 Tahun

BACA LAGI: Lepas gagal ke Liga Super, Perlis United tiba-tiba tarik diri Piala Belia

Namun begitu, melihat kepada video tular yang menyaksikan seorang pemain cilik melakukan tendangan kung fu ala Eric Cantona, ia bukanlah satu perkara normal.

Menurut jurulatih kelab pembangunan akar umbi, FC Setia Alam, Shazwan Wong, tindakan pemain cilik itu adalah satu perkara yang tidak normal dalam bola sepak.

"Bagi saya, tantrum yg ditunjukan oleh pemain muda itu adalah tidak normal. Tiada ibu bapa atau jurulatih yg akan menyuruh pemain untuk berbuat demikian.

"Agak sukar utk kita menilai dari sini (rakaman semata-mata), dan kemungkinan besar pemain ni mempunyai masalah yg tidak kita ketahui," kata Shazwan kepada Majoriti.

Melihat kepada rakaman tersebut dan pelbagai lagi video tersebar sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan tahap mental pemain muda masa kini semakin rendah.

Mereka dilihat lebih cepat 'koyak' di padang hingga melakukan perkara yang di luar batasan serta hilang semangat kesukanan.

"Setiap kanak-kanak atau pemain muda adalah berbeza. Ada yang kalah tak kisah masih boleh bergembira, ada juga yang hanya nak menang.

"Berkaitan kekuatan mental pada pemain remaja atau dewasa pun sangat berbeza. Kekuatan mental untuk mengatasi kesusahan di padang adalah perlu manakala kekuatan mental untuk menahan diri dari provokasitidak ada pada semua orang," ujar Shazwan.

28872557_10155843190110862_9122322387071664128_n

Shazwan merupakan jurulatih akademi bola sepak FC Setia Alam. — Facebook/Shazwan Wong

Bagi mengatasi isu tersebut daripada terus berulang, Shazwan mencadangkan jurulatih untuk menggunakan kuasa komunikasi dengan menerangkan kepada pemain kesan atas tindakan dilakukannya.

Dengan menerangkan kesan dan akibat kepada tindakannya itu, ia boleh membantu pemain untuk tidak lagi bertindak keterlaluan ketika bermain. Yang penting, jurulatih mesti kenal pasti masalah sebenar yang dihadapi pemainnya.

"Jika merujuk kepada video yang tular, mungkin jurulatih kena memberitahu pemain tersebut apa akibatnya kalau dia berbuat demikian. Mungkin tidak diturunkan untuk bermain atau direhatkan sebentar sehingga dia tenang.

"Perlu juga beritahu dia jika pemain lain berbuat demikian pada dia, adakah dia boleh terima? Tentu tidak. Jadi, dia kena tahu kenapa dia tak boleh berbuat demikian. Dan untuk meningkatkan semangat dia untuk berubah, perlu ada pujian setiap kali dia berjaya mengawal diri," jelas Shazwan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram