[VIDEO] Bukan doa, tapi Ronaldo ungkap kata semangat sebelum ambil freekick


  • Podium
  • Rabu, 19 Jun 2024

Portugal membuka kempen Kumpulan F dengan kemenangan dramatik apabila menewaskan Republik Czech 2-1. — Instagram/Cristiano

NAMA bekas legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo kembali mencuri tumpuan penyokong bola sepak.

Ia susulan selepas satu video tular di laman media sosial X ketika Portugal membuka kempen Kumpulan F Euro 2024 dengan kemenangan dramatik apabila menewaskan Republik Czech 2-1 pada Rabu.

Menerusi video yang berdurasi tujuh saat itu memaparkan bintang Portugal tersebut dilihat seolah-olah sempat mengungkap kalimah Bismillah sebelum mengambil sepakan percuma dalam perlawanan itu.

BACA LAGI: Rezeki berganda, ASTAF tawar PSM anjur Piala Asia 2025

BACA LAGI: Sin Li Jane atlet Malaysia pertama muncul juara Terbuka Wanita AS

Meskipun begitu, meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tonggak Al Nassr FC itu mendedahkan bahawa kalimat yang disebut Ronaldo bukanlah Bismillah.

Malah, Ronaldo dipercayai menyebut perkataan 'vais marcar' yang berasal daripada bahasa Portugis yang membawa maksud 'anda akan menjaringkan gol'.

"Ronaldo sebut 'vais marcar' dalam bahasa Portugis yang membawa maksud anda akan menjaringkan gol," kata @eazsytv.

"Bukan Bismillah tapi Ronaldo sebut vais marcar dalam bahasa Portugis," kata @manuel.

"Tak perlu salah faham, Ronaldo sebut vais marcar sebelum ambil sepakan percuma," kata @CapOveur.

Selepas ini, Portugal akan menentang Turkiye untuk aksi kedua Kumpulan F pada 23 Jun, manakala Republik Czech pula menentang Georgia pada 22 Jun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram