TEKA teki berkenaan status stadium Selangor telah dijawab oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon dalam satu podcast Rakan Muda di Youtube pada Selasa.
Sebelum ini, rata-rata peminat Liga Malaysia sering meratib tentang ketiadaan stadium pasukan Selangor yang kini menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai 'home ground' selepas Stadium Shah Alam bakal dinaik taraf menjadi Kompleks Sukan Shah Alam.
Malah ada yang menyindir Selangor hanya menumpang di Stadium MBPJ kerana tidak lagi beraksi di Stadium Shah Alam.
BACA LAGI: Sultan Selangor murka keputusan MFL, Shahril Mokhtar letak jawatan dalam FAM
BACA LAGI: [VIDEO] 'Follow' ramai pemain Selangor dekat IG, Kobe Jae semakin hampir sertai Gergasi Merah?
Menjawab pertanyaan penyokong, Dr Johan merasakan tiada keperluan buat Selangor untuk memilik stadium sendiri kerana sukar menjana kewangan bagi menanggung kos operasi.
"Di Malaysia rata-rata kebanyakan stadium ramai waktu perlawanan sahaja jadi kita dalam setahun ada 20 game dalam 365 hari jadi ia cabaran besar untuk kita memiliki sebab apa akan jadi dalam 365 hari itu.
"Macam mana kami isikan hari itu dengan 'content' dengan komersial aktiviti secara idea kami nak sampai ke tahap itu tetapi kami perlu berkerja dulu sebelum sampai ke situ.
"Saya rasa kami nak sangat ada stadium tapi dari segi keperluan dan kepentingan bukanlah masa sekarang.
"Sebab dua perkara, satu komersial kita tak dapat jana pendapat setiap hari di stadium kecuali hari perlawanan dan dari segi teknikal kita berpuas hati dengan kerjasama dengan MBPJ yang sering mengutamakan penyokong," katanya dalam podcast Rakan Muda.
Dr Johan juga mendedahkan mempunyai sebab tersendiri untuk tidak melakukan perbincangan secara terbuka dengan penyokong demi menjaga hati banyak pihak.
"Sebenarnya kita memang membuat dialog. Setiap tahun kita ada melakukan dialog sekali setahun.
"Tetapi selalunya dengan wakil-wakil kelab, penyokong dan kami biasanya melakukan dengan secara tertutup kerana adakalanya soalan-soalan yang ditanyakan boleh jadi kontroversi dan sensitif.
"Cantiknya bola sepak kami mempunyai ramai pemegang taruh, pemain, jurulatih, pihak penaja, badan kerajaan dan penyokong semua adalah pemegang taruh.
"Jadi ia satu cabaran untuk kita membuatkan semua orang gembira.
"Jadi disebabkan itu kita memang jarang nak buat perbincangan secara terbuka kerana akan memberi kesan dekat pihak-pihak yang mungkin terkesan," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram