KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) sekali lagi akan berkunjung ke Stadium Bandaraya, Pulau Pinang bagi menghadapi aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Penang FC pada Jumaat ini (28 Jun).
Ini merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua pasukan musim ini selepas Kedah menewaskan Penang dengan keputusan 1-0 di venue sama dalam perlawanan Liga Super pada Sabtu lalu (22 Jun).
Walaupun tidak beraksi di halaman sendiri, pihak media Sang Kenari melakukan tugas dengan baik apabila mengajak penyokong Kedah turun ke stadium lawan bagi memberikan sorakan kepada pasukan kesayangan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Follow' ramai pemain Selangor dekat IG, Kobe Jae semakin hampir sertai Gergasi Merah?
BACA LAGI: Ia satu kelebihan buat pasukan yang akan lawan JDT — Irfan Bakti
Pihak media Kedah turut meletakkan gambar penyokong sejati Sang Kenari atau lebih dikenali 'Puaka Jerai' dalam poster 'matchday' mereka.
Puaka Jerai yang sering memakai baju bunga matahari cukup dikenali dalam kalangan penyokong Sang Kenari kerana hadir hampir setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah.
Namun begitu, ada penyokong yang bertanyakan apakah maksud disebalik bunga matahari yang tiada kaitan dengan negeri tersebut.
Menjawab pertanyaan penyokong itu, Puaka Jerai menjelaskan lambang bunga matahari diinspirasikan sebagai sinaran baharu Kedah dalam bola sepak.
Zulsparagus Zulkifli: Nak tanya sikit, simbolik apa dia (Puaka Jerai) pakai macam ini? Kalau ada macam padi nampak simbola Kedah.
Puaka Jerai: Sebenarnya tema bunga matahari saya bawa sejak 2014 sebagai simbolik senaran baharu kebangkitan Kedah dalam kancah bola sepak tempatan.
Masa itu saya lihat Kedah ada nampak peningkatan, jadi saya cetuskan idea hinggalah ke hari ini.
Perkongsian yang dibuat oleh Puaka Jerai itu sekali gus menjawab beberapa persoalan orang ramai mengenai makna maskot sebenar yang digayakan olehnya.
Dalam perlawanan suku akhir Piala FA itu pastinya akan menjadi medan balas dendam buat Penang yang tewas di halaman sendiri pada Sabtu lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram