[VIDEO] 'Follow' ramai pemain Selangor dekat IG, Kobe Jae semakin hampir sertai Gergasi Merah?


  • Podium
  • Selasa, 25 Jun 2024

Kobe Jae kini dikaitkan bakal menyertai Selangor FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.

ADAKAH pemain warisan England-Malaysia, Kobe Jae Chong semakin menghampiri Selangor FC selepas dikaitkan sedang menjalani latihan bersama pasukan Lembah Klang itu?

Ini selepas bekas pemain kelab Itali, Cagliari Calcio itu sudah mengikuti pemain-pemain Selangor dalam laman Instagram miliknya.

Antara pemain yang diikuti oleh Kobe Chong ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Samuel Somerville, Alvin Fortes dan beberapa bintang lain.

BACA LAGI: Terengganu beri bayangan bintang pinjaman JDT turun aksi suku akhir Piala FA

BACA LAGI: 'Nampak tak Nafuzi?', penyokong Kedah puas Assifuah jadi hero Sang Kenari

Pemain berusia 22 tahun itu boleh beraksi di posis tengah dan sayap dan sudah mewakili lebih daripada 10 kelab sejak dilepaskan Cagliari pada 2018.

Dengan ketiadaan Muhammad Faisal Halim musim ini, Kobe Jae antara alternatif terbaik buat Gergasi Merah untuk mengisi kualiti yang ditinggalkan pemain sayap kebangsaan itu.

Masih belum terbukti kualiti dimiliki pemain muda itu dalam Liga Super, namun kelincahan dan skil individu tinggi beraksi di liga divisyen bahawan England mungkin memberikan sedikit bantuan untuk dia menyerlah bersama kelab tempatan.

Selangor mungkin antara pasukan terbaik buat Kobe untuk meneruskan karier bola sepak di negara ini kerana Gergasi Merah mempunyai fasiliti yang baik serta tidak terpalit dengan isu tunggakan gaji.

Namum begitu, perpindahan secara rasmi Kobe ke Selangor belum diumukan namun mengikut rapat pemain Gergasi Merah memberi petanda dia semakin hampir sertai skuad kendalian Nidzam Jamil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram