'Ambil kira kerugian JDT', MFL perjelas hukuman Selangor beraksi tanpa penyokong


  • Podium
  • Rabu, 26 Jun 2024

Aksi Selangor FC menentang JDT di Stadium MBPJ akan dilangsungkan tanpa penonton.

PERLAWANAN tanpa penonton bagi saingan Liga Super 2024 minggu ke-14 yang melibatkan Selangor FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor mengundang kecaman penyokong.

Dalam pada itu, badan pengelola Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tampil menjelaskan mengapa denda tersebut dikenakan.

Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL tersebut mengambil kira faktor hasil komersial (commercial venue) bagi pihak JDT selepas pembatalan aksi Piala Sumbangsih tersebut.

“Hukuman nombor empat dibuat berdasarkan commercial revenue pasukan JDT. Perlawanan itu tidak dimainkan dan pampasan dibayar, namun tiada keuntungan yang diperoleh daripada perlawanan tersebut," katanya.

BACA LAGI: Selangor FC masih boleh merayu — MFL

BACA LAGI: TMJ nafi kehadiran Kobe Jae, hanya tinggal Terengganu dan Selangor harapan pemain warisan

449066371_489929640095691_8280220459828638291_n

Hukuman dikenakan MFL terhadap Selangor FC menimbulkan rasa kurang senang. Facebook/MFL

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan MFL pada Selasa, skuad Gergasi Merah dikenakan empat hukuman, termasuk denda RM100,000 dan pemotongan tiga mata Liga Super atas tindakan menarik diri.

Keputusan badan pengelola bola sepak negara itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat memandangkan Selangor FC berbuat sedemikian atas faktor keselamatan selepas pemainnya, Faisal Halim disimbah asid.

Jadi, dalam usaha meringankan beban itu, sebahagian besar penyokong dan orang kenamaan seperti ahli politik tampil menawarkan diri untuk meringankan beban kewangan ditanggung kelab Lembah Klang itu.

Mengulas lanjut, Stuart menegaskan MFL masih memberi peluang buat naib juara Liga Super 2023 itu untuk membuat rayuan terhadap kesemua hukuman yang sudah dikenakan terhadap pasukan tersebut.

“Daripada empat hukuman tersebut, badan rayuan akan meneliti proses keputusan dibuat, jikalau daripada empat perkara tersebut perlu kepada satu atau dua perkara dipertimbangkan semula, (maka) boleh diambil daripada badan rayuan.

“Pasukan Selangor mempunyai tiga atau empat hari untuk mengemukakan surat rayuan dan selepas itu badan akan meneliti dokumen yang relevan dan akan bersidang mungkin dua hingga empat minggu,” tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram