Jalil Elias masih milik JDT — Bidoglio


  • Podium
  • Ahad, 23 Jun 2024

Jalil hanya beraksi sebanyak sekali sejak menyertai skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan lalu. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

PEMAIN termahal Liga Malaysia (Liga M) Jalil Elias masih bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tegas pengendali skuad Harimau Selatan, Hector Bidoglio.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas terdapat khabar angin pemain tengah tersebut mahu pulang ke negeri kelahirannya, Argentina tidak sampai satu musim beraksi buat JDT.

Jadi, dalam menepis khabar angin itu, Bidoglio hadir dengan penegasan bahawa Jalil masih mengikuti latihan bersama skuad Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Kesilapan Jalil buat Syria 'menangis' berdepan Australia dalam Piala Asia

BACA LAGI: [VIDEO] Selain disambut baik penyokong JDT, bintang Man United tumpang 'like' kehadiran Jalil Elias

448883733_1039150200914289_6841901876379389006_n

Bidoglio menepis khabar angin melibatkan pemain importnya itu. Facebook/JOHOR Southern Tigers

“Dia pemain yang bagus tapi kami juga memiliki barisan pemain tengah yang baik,” katanya.

Spekulasi bertiup kencang Jalil yang juga pemain termahal Liga M dengan anggaran nilai €3 juta (RM15.2 juta) itu bakal meninggalkan kelab.

Begitupun belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung statusnya oleh pengurusan JDT.

Kali terakhir pemain kebangsaan Syria itu beraksi buat skuad Harimau Selatan adalah pada 18 Mei lalu ketika JDT mengalahkan Negeri Sembilan FC 3-1 di laman sendiri.

Jalil sebelum ini dibawa masuk ke dalam kelab Selatan tanah air itu dari kelab Argentina, San Lorenzo dengan dia memiliki reputasi cukup baik di negara Amerika Selatan berkenaan.

Di samping memiliki reputasi tersendiri di atas padang, pemain berusia 28 tahun tersebut diberikan kepercayaan untuk memakai lilitan tangan kapten.

Selepas empat perlawanan, skuad kendalian Bidoglio itu terus berada di puncak liga dengan 12 mata maksimum.

JDT mencatat kemenangan keempat semalam mengalahkan Sri Pahang 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dengan Heberty Fernandes mencipta hatrik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram