KELAB gersasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Takzim (JDT) akhirnya menamatkan penantian penyokong untuk menyaksikan Jalil Elias menaiki limousin ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai simbolik pengumuman pemain baharu.
Nama Elias bukan lagi rahsia dalam kalangan penyokong kelab dengan gelaran juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu apabila sebelum ini pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris pernah menyebut namanya.
Menerusi media sosial rasmi JDT pada Rabu, pemain kelahiran Argentina itu disahkan sebagai bintang import baharu Harimau Selatan bagi musim 2024/25 yang mana Elias dijangka akan menambah baik bahagian tengah kelab.
BACA LAGI: Jalil Elias tiba di JDT, bakal jadi pengubat rindu terhadap Leandro
Tangkap layar 'like' dari Martinez.
JDT yang baru sahaja kehilangan Leandro Velazquez pasti memerlukan perancang tengah berpengalaman seperti Elias bagi memberi keseimbangan jentera tengah Harimau Selatan di saingan domestik dan cabaran getir kejohanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25.
Kehadiran kapten San Lorenzo FC itu juga bukan hanya disambut baik penyokong bola sepak tanah air, malah bintang Manchester United, Lisandro Martinez juga menyukai keputusannya ke Harimau Selatan.
Menerusi Instagram Elias, pemain pertahanan Argentina tersebut dilihat memberi tanda hati ataupun 'like' gambar Elias duduk di bilik persalinan Harimau Selatan pada Rabu.
BACA LAGI: Esteban Solari mahu Akhyar Rashid kekal, mungkin buru 4 bintang import baharu
Elias (kiri) dan Martinez ketika beraksi untuk Newell's Old Boys. — X/Elias
Berdasarkan pemeriksaan Majoriti di laman Transfermrkt, pemain baharu JDT itu dan Martinez merupakan rakan sepasukan ketika kedua-dua mereka menyarung jersi CA Newell's Old Boys pada musim 2017.
Walaupun ia sekadar interaksi di laman Instagram namun boleh dikatakan kehadiran Elias menaikkan nama JDT di peringkat global dan selepas ini makin banyak kelab popular mengenai Harimau Selatan.
Kehadiran pemain mempunyai kerakyatan Syria itu juga menyaksikan Elias kini memegang status sebagai pemain termahal Liga M dengan nilai tiga juta euro (RM15.2 juta) mengalahkan Jordi Amat dan Fernando Forestieri.
Malah, nilai pasaran Elias juga akan meningkatkan lagi nilai pasukan, sekali gus selari dengan sasaran pihak pengurusan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram