Legenda Man United kongsi momen manis, sempat temu bual anak lepas aksi Euro 2024


  • Podium
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Tangkap layar momen Peter menemu bual anaknya, Kasper.

LEGENDA Manchester United, Peter Schmeichel berkongsi detik mengharukan dengan anaknya Kasper Schmeichel selepas Denmark pulang dengan satu mata dalam aksi menentang England di Frankfurt, Jerman pada Jumaat.

Denmark berjaya mengecewakan anak buah Gareth Southgate dan mengekalkan pasukan berkenaan untuk berada dalam kedudukan yang baik untuk layak ke peringkat kalah mati Euro 2024.

Harry Kane memberi pendahuluan awal kepada skuad The Three Lions tetapi Denmark pantas membuat serangan balas apabila Morten Hjulmand berhasil menyamakan kedudukan dengan jaringan cantik sebelum separuh masa.

BACA LAGI: Foden bukan tiada bakat, jangan sampai 'coach' bising pikul cabaran ketuai England

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik staf SNBJ buang air 'ditiru' di stadium Euro 2024

Perlawanan akhirnya berakhir 1-1 dengan Schmeichel mempamerkan aksi cemerlang untuk menafikan peluang terbaik England pada separuh masa kedua menerusi percubaan Ollie Watkins.

Aksi berhasil mengikat England jelas menggembirakan Peter dan berbangga dengan persembahan anaknya yang beraksi sangat baik demi Denmark di pentas tertinggi Eropah itu.

Momen bekas penjaga gol Man United itu menemu bual anaknya selepas perlawanan berkenaan dengan peranan berbeza iaitu sebagai pundit untuk FOX Sports membuat penyokong terharu.

"Saya melakukan banyak temu bual selepas perlawanan, tetapi saya tidak pernah melakukan ini. Anda bermain dengan sangat baik hari ini," katanya memetik laporan Daily Mail UK.

Selepas temu bual ringkas berkenaan, Peter terus memeluk anak lelakinya dengan Kasper kemudian menghadiahkan baju perlawanan kepada ayahnya sebagai tanda penghargaan dan kenangan.

KASPTER

Antara aksi Kasper dalam perlawanan menentang England. — Agensi

Dalam pada itu, Kasper turut akui gembira dengan persembahan rakan sepasukannya kerana walaupun tidak menang namun berhasil membawa pulang satu mata adalah kejayaan yang tidak boleh dilupakan.

"Saya sangat bangga, Itulah Denmark yang saya kenali. Kami tidak menang, tetapi ekspresi permainan, pertarungan, hati, peminat, itulah Denmark sebenar.

'Ada sedikit kekecewaan apabila kami tidak menang, tetapi apabila anda melihat pada refleksi permainan itu mungkin keputusan yang adil," katanya.

Keputusan itu menjadikan England kelebihan dua mata di puncak Kumpulan C dengan Denmark dan Slovenia menyamai dua mata.

Pusingan akhir kumpulan menyaksikan England menentang Slovenia dan Denmark menentang Serbia dengan kedua-dua perlawanan berlangsung pada Rabu ini pada pukul 3:00 pagi (waktu Malaysia). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram