SEBUT sahaja nama Azman Adnan, pasti penyokong bola sepak tanah air masih mengingati sentuhannya berbisanya sewaktu mewarnai arena bola sepak tempatan di era 90-an dulu.
Penyerang yang pernah dilabel sebagai jelmaan Mokhtar Dahari itu mula mencetuskan fenomena ketika menyarung jersi Kuala Lumpur (KL) City FC sebelum berhijrah ke Selangor FC.
Kuala Lumpur yang pada awalnya meletakkan tanda harga RM1 juta untuk Azman itu akhirnya terpaksa melepas khidmat anak jati melaka itu dengan yuran perpindahan sekitar RM250,000.
BACA LAGI: Liga M sedang tenat, jangan malu langkah ke belakang
BACA LAGI: Liga Malaysia bakal melingkup tidak lama lagi? Penganalisis jangka hanya 3 pasukan kekal bersaing
Perpindahan ke Gergasi Merah nyata mengubah karier Azman menjadi semakin baik apabila bekas penyerang kebangsaan itu merekodkan lebih banyak gol bersama Selangor sehingga menarik minat kelab gergasi Eropah.
Sekitar zaman 90-an, penyerang ikonik negara itu mendapat tawaran ke pasukan Liga Perdana Scotland, Rangers namun Azman memilih untuk menolaknya berikutan terlalu sayang untuk tinggalkan Gergasi Merah.
Kisah Azman mendapat tawaran pasukan Scotland berkenaan dikongsikan oleh laman podcast tamotauge yang kembali mengimbau perjalanan karier legenda Selangor tersebut.
Azman Adnan tersenarai sebagai salah seorang penyerang prolifik bersama Selangor.
"Azman Adnan pernah dipinang oleh sebuah kelab Liga Perdana Scotland, Rangers. Kita boleh cakap pergilah ke sana walau untuk satu musim. Tapi yang nak cakap sini dia (Azman) punya sayang Selangor itu as a football brand in Malaysia lain.
"Dalam pertengahan ke akhir zaman 90-an, kita ada cerita Azman Adnan lawan menentang Brian Laudrup dan Andrei Kanchelskis. Perkara boleh dicerita. Inspiring gila," petik video yang dimuat naik tamotauge di laman TikTok.
Pengorbanan Azman menolak tawaran tersebut berbaloi apabila dia disenaraikan salah seorang penyerang terbaik Gergasi Merah menyumbang 147 gol daripada tahun 1993 hingga 1998.
Bukan itu sahaja, Azman juga membantu Selangor menjulang tiga Piala Malaysia (1995 hingga 1997), Piala FA 1997, Piala Sumbangsih (1996, 1997) serta gelaran Divisyen 2 (1993). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram