Jangan hanya harap Ebenezer, 3 pemain Kedah perlu 'step up' aksi Derby Utara


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Pelbagai desakan dibuat penyokong untuk menyaksikan Ebenezer berada dalam kesebelasan utama dengan lebih kerap. — Facebook/KDA FC

PERTEMBUNGAN Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang FC dilabel peminat bola sepak tanah air sebagai Derby Utara berdasarkan kedudukan kedua-dua pasukan itu.

Aksi yang sering membawa seri dalam Liga Super sering dinanti-nantikan meskipun kini mereka bukanlah kelab digeruni seperti mana pernah disaksikan bertahun-tahun dahulu.

Skuad Sang Kenari yang berdepan masalah gaji dilihat sukar menarik kehadiran penyokong sementara kestabilan Penang FC di luar padang gagal diterjemahkan dalam setiap perlawanan beberapa musim kebelakangan ini.

BACA LAGI: Rekod di Piala MFL 'wajibkan' Ebenezer Assifuah sertai skuad utama Kedah musim depan

BACA LAGI: Baru turun 2 kali, Assifuah dijangka mampu rebut Kasut Emas, kecewakan Bergson

339666290_600845695277390_2904504513863043404_n-e1680709488308-1000x640

Aksi Derby Utara musim lalu tidak pernah gagal menarik perhatian penyokong. Facebook/KDA FC

Namun, situasi berbeza dapat dirasakan untuk pertembungan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu ini kerana penyokong kedua-dua pasukan sudah bersemangat dalam memberikan sorakan, terutamanya dalam kalangan pengikut KDA FC.

Mereka yang sudah mengalami dua kekalahan dalam tiga perlawanan Liga Super setakat ini pasti mengharapkan tiga mata penuh mampu dibawa pulang.

Harapan sudah tentu diletakkan di bahu penyerang dari Ghana, Ebenezer Assifuah yang didesak penyokong untuk diletakkan dalam kesebelasan utama selepas mencatatkan hatrik dalam aksi Piala FA menentang Bukit Tambun FC.

Bagaimanapun, sekiranya skuad kendalian Nafuzi Zain mahu pulang dengan senyuman, pemenang Anugerah Kasut Emas Piala MFL 2023 itu tidak boleh beraksi cemerlang seorang diri.

Ini kerana terdapat tiga pemain lain yang perlu memberikan persembahan terbaik demi kemegahan tersendiri dalam pertembungan Derby Utara tersebut.

1. Fayadh Zulkifli Amin

Prestasi pemain sayap, Fayadh Zulkifli Amin boleh dikatakan mengecewakan dalam dua musim kebelakangan ini kerana dia gagal menjaringkan gol dalam Liga Super sejak 14 September 2022.

Malah, pemain kelahiran Kedah berkenaan tidak terlibat dengan sebarang penghasilan jaringan sepanjang kempen 2023 sehingga perkara itu memberi kesan terhadap kesungguhannya di atas padang.

444484251_485240967190419_4280767856674315774_n

Fayadh (kiri) berdepan satu tempoh sukar dalam kariernya. Facebook/KDA FC

Jadi, sekiranya dia diberikan peluang oleh Nafuzi, dia perlu memanfaatkannya sebaik mungkin dengan ia sekali gus dapat memastikan tiga mata diraih pasukannya.

Meskipun pemain import, Sukhrob Nurullaev lebih dipercayai untuk memulakan permainan, kemasukan Fayadh pada penghujung aksi boleh memberikannya peluang mengubah keadaan.

Bagaimanapun, sekiranya pemain berusia 25 tahun itu gagal menamatkan kemarau gol dialaminya, dia tidak perlu berasa kecewa, sebaliknya harus bangkit demi kariernya.

2. Rizal Ghazali

Harapan tinggi diletakkan penyokong Hijau Kuning apabila bek kanan berpengalaman, Rizal Ghazali mengumumkan kepulangannya selepas dua musim beraksi untuk Sabah FC.

Pemain yang dikenali dengan kemahiran dari segi bertahan dan menyerang tersebut sememangnya diperlukan KDA FC yang berdepan kesukaran dalam aspek pertahanan sayap musim lalu.

Bagaimanapun, setakat tiga perlawanan Liga Super, Rizal masih belum membawa kelainan buat skuad Sang Kenari, terutamanya dalam aksi menentang Perak FC.

444503270_485241363857046_7731478052579709040_n

Rizal (kiri) diharapkan dapat membawa sumbangan lebih baik selepas ini. Facebook/KDA FC

Selain lewat untuk pulang membantu barisan pertahanan, bekas pemain kebangsaan berkenaan juga sering kehilangan bola sehingga menyukarkan rakan sepasukannya.

Oleh itu, satu perubahan perlu ditawarkan bek berusia 31 tahun tersebut sekiranya mahu memastikan kehadirannya dalam skuad Sang Kenari membuahkan hasil.

Antara sumbangan boleh diberikan Rizal dalam perlawanan itu adalah dengan memastikan gawang pertahanan tidak dibolosi atau sekurang-kurangnya mencatatkan satu bantuan jaringan.

3. Milos Gordic

Sepanjang jendela perpindahan lalu, KDA FC membuat satu rombakan besar-besaran terhadap barisan serangan mereka apabila kelab berkenaan membawa masuk tiga penyerang baharu, termasuk Milos Gordic.

Pemain kelahiran Serbia itu boleh dianggap sebagai satu perjudian diambil skuad Sang Kenari kerana dia tidak terikat dengan mana-mana pasukan sebelum ini.

Selain itu, statistik sepanjang kariernya boleh dikatakan sedikit mengecewakan kerana dia hanya menjaringkan 32 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 276 penampilan.

448476902_501236105590905_4172443534864400210_n

Gordic sudah membuka akaun jaringannya buat skuad Sang Kenari. Facebook/KDA FC

Prestasi mengecewakan itu kelihatan berulang bersama skuad Sang Kenari kerana dia masih belum menggegarkan gawang lawan dalam saingan Liga Super.

Bagaimanapun, dengan dia sudah mencetak gol sulung dalam aksi Piala FA, terdapat harapan tinggi untuknya menamatkan penantian jaringan dalam pertembungan menentang Penang FC.

Kecederaan Syafiq Ahmad sudah tentu akan menawarkan pemain kelahiran Serbia berkenaan tempat dalam kesebelasan utama dengan gandingannya di samping Ebenezer diharapkan mampu membantu mencipta lebih banyak gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram