PIALA Malaysian Football League (MFL) baru sahaja melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dengan menyaksikan, Terengganu FC II (TFC) II dinobatkan sebagai juara edisi sulung selepas menumpaskan Johor Darul Takzim II (JDT II) 1-0 dalam aksi akhir pada Sabtu.
Kemenangan skuad simpanan Terengganu terhasil apabila pemain gantian skuad Sang Penyu, Muhammad Isa Raman berhasil memanfaatkan kesilapan dilakukan pertahan JDT II dan akhirnya meledak jaringan gol pada minit ke-89.
Selain perlawanan akhir itu, tumpuan penyokong juga terarah kepada penyerang import Kedah Darul Aman (KDA) FC B, Ebenezer Kofi Assifuah-Inkoom yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak saingan Piala MFL 2023.
Dengan jumlah 16 jaringan gol, Ebenezer Assifuah akhirnya disahkan sebagai penjaring terbanyak edisi sulung Piala MFL itu selepas pesaing terdekatnya iaitu pemain JDT II, Gabriel Nistelrooy hanya mencetak 13 gol.
Pengiktirafan sebagai pemenang kasut emas Piala MFL 2023 yang diterima penyerang berusia 30 tahun itu membuatkan keinginan penyokong Sang Kenari untuk menyaksikan Ebenezer Assifuah diserap ke skuad utama semakin membara.
Ebenezer Assifuah meledak enam jaringan gol buat Kedah dalam saingan Piala MFL.
Hasrat pemain ke-12 KDA FC untuk menyaksikan penyerang skuad simpanan skuad simpanan Kedah itu beraksi di bawah Nafuzi Zain sudah diutarakan sejak awal musim lagi.
Rata-rata penyokong berpendapat bahawa penyerang kelahiran Ghana itu mampu menjadi saingan yang baik kepada Ifedayo Olusegun di posisi serangan dan sekali gus menambah baik skuad depth Kedah.
Ebenezer Assifuah sudah memikat hati penyokong sejak dia menyertai Kedah pada awal musim ini namun barisan kejurulatihan Sang Kenari yang diketuai oleh Nafuzi mempunyai pendapat berbeza.
Sebelum ini, ketua jurulatih KDA FC itu pernah mengatakan pihaknya sedang menilai kebolehan Ebenezer Assifuah sebelum memutuskan sama ada dia sesuai untuk skuad utama ataupun sebaliknya.
Penyerang itu hadir dengan reputasi apabila kerana pernah memenangi Anugerah Kasut Emas Piala Dunia Bawah 20 tahun ketika mewakili negaranya dalam kejohanan yang diadakan di Turki pada 2013.
Ketika itu, dia menjaringkan enam gol dalam kejohanan tersebut namun negaranya sekadar menduduki tempat ketiga selepas tewas kepada Perancis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram