Debut ditunggu-tunggu, bek campuran Indonesia bakal beri saingan kepada Safwan-Nijey


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Rekod kecederaan dan kecergasan Steenvoorden sebelum ini menimbulkan keraguan. — Facebook/Terengganu FC

TERENGGANU FC (TFC) akhirnya dapat menggunakan khidmat pertahanan baharu mereka, Matthew Steenvoorden untuk perlawanan bertemu Kuching City di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada Sabtu.

Walaupun Steenvoorden tiba pada awal musim ini namun skuad Sang Penyu masih belum menggunakan khidmatnya selepas pemain campuran Belanda-Indonesia itu mengalami kecederaan semasa aksi pra-musim.

Penyokong skuad Sang Penyu sebelum ini meluahkan kebimbangan mereka mengenai keadaan semasa Steenvoorden selepas melihat gambar tularnya di media sosial yang menyaksikan kaki pertahanan itu berbalut dan bertongkat.

BACA LAGI: Bek tengah Belanda dedah pindah ke Terengganu demi capai impian bersama Indonesia

BACA LAGI: Ada klu kata Terengganu bakal terima seorang lagi pemain bintang

Selepas terlepas tiga perlawanan Liga Super dan aksi Piala FA menentang Perak FC, bek tengah berkenaan difahamkan akan membuat penampilan pertama menentang pasukan Borneo tanah air itu.

Kelibatnya di sesi latihan jelas menggembirakan penyokong Terengganu kehadirannya akan memberi saingan kepada Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam Ros Hasni di bahagian pertahanan tengah.

"Debut menentang Kuching City? Kalau betul, memang dia hadir di waktu yang tepat. Mungkin bukan untuk terus ke kesebelasan utama tapi untuk beri cabaran kepada gandingan Safwan-Nijey (Shahrul Nizam) dan mewujudkan saingan sihat antara pemain," kata penyokong, Waqiuddin Ramli.

sakit sakit

Steenvoorden dilihat mengalami kecederaan lutut pada awal Mei lalu.

Ramai berharap agar pemain berusia 31 tahun itu akan tampil dengan debut cemerlang susulan dia pernah beraksi dalam beberapa kelab di liga Belanda, seperti Feyenoord dan SC Cambuur.

Bek tengah berketinggian 1.88 meter itu sertai Terengganu FC dari kelab Uzbekistan, Pakhtakor FC pada Februari lalu untuk menggantikan Sardor Kulmatov yang meninggalkan mereka.

Bersama pasukan Pakhtakor Tashkent di liga utama Uzbekistan, bekas pemain bawah 19 tahun Belanda itu pernah membantu pasukan ini mempertahankan kejuaraan kali keempat berturut-turut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram