PEMAIN Turkiye yang memainkan watak penting untuk membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas Georgia berdepan detik lucu apabila dikesan peminat memakai kit yang salah.
Samet Akaydin yang mewakili Fenerbahce, beraksi selama 90 minit ketika Turkiye menang bergaya menewaskan Georgia 3-1 pada aksi Euro 2024.
Bagaimanapun, mata penyokong yang tajam berjaya mengesan sesuatu yang pelik selepas pertahanan tengah itu menghalang percubaan Georgia di minit-minit akhir perlawanan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Harap cikgu tak cari saya', bintang muda Sepanyol terpaksa bawa 'homework' ke Euro 2024
BACA LAGI: [VIDEO] 'No 17 kuat makan orang', pemain bola sepak amatur terjah kasar kena kad merah
Georgia menganggap mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-95 apabila percubaan mereka terkena palang gol Turkiye dan bola jatuh di kaki salah seorang penyerang.
Percubaan penyerang mereka hampir memasuki gawang namun Akaydin menghalang percubaan itu untuk menyelamatkan pintu gol Turkiye.
Ulang tayang mendapati pertahanan itu yang memakai jersi nombor 4 sebenarnya menyarung seluar pendek dengan nombor yang berbeza.
Dia menyarung seluar pendek dengan nombor 14 yang sepatutnya menjadi milik Abdulkerim Bardacki.
Situasi itu menjadi bahan jenaka dalam kalangan penyokong dan Akaydin turut menaik hantaran di X dengan kapsyen, 'kepada mereka yang berfikir mengenai perkara ini, saya sudah pulangkan seluar itu kepada tuannya.' — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram