Gabungan 2 lebuh raya bakal cipta sejarah baharu IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Sean Wang (kanan) optimis acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 boleh direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

TAHUN ini, acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 bakal merekodkan sejarah baharu maraton negara apabila mengabungkan dua lebuh raya buat pertama kalinya yang akan diadakan pada 8 September nanti.

Acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge itu melibatkan dua lebuh raya iaitu Besraya Highway serta NPE Highway.

Sejak 2017, acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyat Malaysia saban tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] Tuah silap nombor, pemain Turkiye bantu benam Georgia

BACA LAGI: [VIDEO] 'No 17 kuat makan orang', pemain bola sepak amatur terjah kasar kena kad merah

1

Laluan yang akan digunakan oleh peserta IJM Allianz Duo Highway Challenge.

Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Berhad, Lee Chun Fai berkata, IJM Allianz Duo Highway Challenge telah menjadi satu platform untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menyasarkan 10,000 peserta untuk tahun ini.

"Sejak bermulanya pada 2017, IJM Allianz Duo Highway Challenge telah menjadi acara promosi dari kami (IJM) untuk memupuk gaya hidup sihat.

"Larian ini ialah edisi keenam dan acara itu telah meningkat dari tahun ke tahun sehingga menarik minat ramai peserta lain.

"Tahun ini kami berbangga untuk memperkenalkan cabaran larian sepanjang lebih 42 kilometer (km) untuk kategori penuh.

"Gabungan dua lebuh raya Besraya dan NPE diadakan buat pertama kali dengan sasaran 10,000 peserta termasuk 20 peratus daripada luar negara," katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 di Menara IJM, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

3

Lee Chun (kiri) dan Sean Wang (kanan) bergambar bersama jersi yang akan dipakai peserta semasa acara larian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berpendapat acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 boleh direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana mempunyai maraton penuh di lebuh raya.

"Saya rasa boleh masuk Malaysia Book of Records kerana ini kali pertama, tak pernah lagi kita ada maraton penuh di jalanan.

"Bagi Allianz tahun ini sangat menarik kerana ia inklusif dengan banyak kategori oleh pelbagai peringkat umur.

"Kanak-kanak, anak-anak istimewa pun boleh menyertai jadi acara tahun ini agak berlainan sedikit.

"Alianz sangat beri sokongan dalam bentuk sukan jadi satu 'pioneer' membantu membangunkan sukan di negara ini," jelasnya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.ijmhighwayrun.com serta Facebook IJM Allianz Duo Highway Challenge.

Pendaftaran ditutup pada 30 Julai 2024 untuk bagi peserta yang berminat menyertai Allianz Duo Highway Challenge 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram