Ada klu kata Terengganu bakal terima seorang lagi pemain bintang


  • Podium
  • Selasa, 27 Feb 2024

Sebahagian sesi latihan barisan pemain Sang Penyu menjelang persediaan perlawanan Liga Malaysia nanti. — Facebook/Terengganufc

JENTERA tengah Terengganu FC (TFC) dijangka diperkuatkan dengan kehadiran pemain import berkualiti bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Difahamkan, usaha TFC mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu berjalan lancar selain mahu melengkapkan kuota enam pemain import.

Pemain tengah NK Varazdin, Igor Postonjski antara pemain import yang kini berada dalam radar Sang Penyu.

Meskipun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan TFC, namun laman penyokong di Facebook, Terengganu 11 mendedahkan bahawa pemain import Sang Penyu semakin hampir ke skuad tersebut.

BACA LAGI: Taktikal ‘roadblock’ antara 3 perubahan kem skuad Jang jika berjaya sambar ‘The Giant Killer’

WhatsApp Image 2024-02-27 at 13.33.23

Kehadiran Postonjski ke skuad Sang Penyu dijangka membawa perubahan kepada jentera tengah pasukan tersebut. — Instagram/postonjski8

BACA LAGI: Bantu Palestin layak 'round of 16' Piala Asia 2023, KUFC sambar Oday Kharoub

Meskipun hanya meletakkan simbol 'emoji' namun penyokong Sang Penyu seperti mengetahui individu tersebut.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen di media sosial, rata-rata penyokong Sang Penyu bersetuju sekiranya Postonjski yang juga merupakan ketua pasukan NK Varazdin itu beraksi bersama TFC.

"Harap-harap Igor lah, dia main memang padu," kata Penyu Nelang.

"Import Croatia, confirm Igor ni, harap jadilah ambil dia untuk next season," kata Azmi Yahya.

"Setiap game main first eleven dekat team dia, memang Igor lah ni player import baru," kata Farhan Amir.

Beraksi bersama kelab NK Varazdin, Postonjski sudah mencetak tujuh gol dan membuat satu assists selepas 21 penampilan.

Setakat ini, TFC sudah menandatangani kontrak lima pemain import iaitu Nurillo Tukhtasinov, Ismaheel Akinade, Argzim Redzovic, Matthew Steenvoorden dan penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram