Pernah beraksi dengan ex TFC-JDT, bek BG Pathum terpaksa 'promote diri' lepas tamat kontrak


  • Podium
  • Selasa, 18 Jun 2024

Ryhan menyertai BG Pathum pada Mei 2023 selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Chiangmai FC. — Instagram/Ryhan

APABILA bercakap mengenai urusan pencarian kelab untuk seorang pemain bola sepak, ejen merupakan individu yang akan memainkan peranan penting dalam membantu menyelesaikan perpindahan mereka.

Namun, ada juga situasi yang menyaksikan ada pemain mengambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan diri mereka bagi mendapatkan kelab baharu tanpa menggunakan khidmat ejen.

Situasi berkenaan merujuk kepada tindakan bek kanan Singapura, Ryhan Stewart yang dilihat sedang aktif mempromosikan diri sendiri dengan menepek profilnya pada iklan pencarian pemain di media sosial, LinkedIn.

BACA LAGI: Pernah sertai Kedah, siapa pemain bersama Faisal Halim berlatih di England?

BACA LAGI: Selamatkan banyak percubaan Thailand, fans China kayakan nasi padang Hassan Sunny

Walaupun ada yang melontarkan persoalan mengenai keberadaan ejen pemain kebangsaan Singapura itu tetapi tindakan Ryhan juga dipuji kerana tidak malu 'menjual' perkhidmatannya demi masa depan karier bola sepak.

"Sedih melihat pemain berstatus free agent cuba mencari kelab. Keadaan itu seperti melihat mereka meminta wang. Saya sangat menghormati usaha Ryhan untuk berusaha mencari kelab sendiri.

"Ryhan mungkin akan menuju ke kelab yang dekat dengan kita (Singapura) pada musim panas ini," kata penyokong skuad Singa, LFC1an pada laman X sambil memuat dua tangkap layar Ryhan menepek profilnya untuk tujuan mempromosikan diri.

ui

Tangkap layar salah satu cara Ryhan mempromosi profilnya sebagai pemain bola sepak.

Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun berkenaan difahamkan sudah bersedia untuk meninggalkan pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United selepas kontraknya tamat pada 30 Jun nanti.

Pemain warisan Singapura-Wales berkenaan menyertai BG Pathum pada Mei 2023 selepas mempamerkan aksi cemerlang sebagai bek kanan pasukan Liga 2 Thailand, Chiangmai FC.

Semasa bersama BG Pathu, Rayhan beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL), Liga Thai 1, dan Piala FA Thailand. Untuk musim ini, dia membuat 22 penampilan, menjaringkan satu gol dan memberikan satu bantuan.

Rayhan wajar mendapat kelab setanding dengan pengalamannya yang pernah beraksi dengan beberapa pemain berkualiti dalam skuad Singapura seperti Faris Ramli (bekas penyerang sayap Terengganu), Harris Harun (bekas kapten Johor Darul Ta'zim) dan pelbagai lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram