TEWAS di tangan Thailand tapi menang di hati China. Demikan situasi yang tengah berlaku dalam kem Singapura apabila kekalahan 1-3 mereka di tangan skuad Gajah Perang pada aksi akhir peringkat kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand, skuad Gajah Perang tidak berjaya tidak melepasi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia walaupun mereka mempunyai mata yang sama dengan China.
Thailand pada mulanya memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol tanpa balasan untuk mendapat tiket ke pusingan kedua susulan China yang mengutip lapan mata sebagai pesaing terdekat ditewaskan Korea Selatan 0-1 di Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul, Korea Selatan pada hari sama.
BACA LAGI: Mehmet pernah dapat amaran naikkan pangkat Adib Raop lepas 'ayamkan' Baddrol Bakhtiar
Namun, gol dari Ikhsan Fandi hasil rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gawang Thailand, Patiwat Khammai pada minit ke-57 langsung memadam impian skuad kendalian Masatada Ishii untuk lolos ke pusingan seterusnya.
Selain Ikhsan, kecekapan penjaga gol berpengalaman skuad Singa iaitu Hassan Sunny juga mendapat pujian menggunung daripada penyokong China dan dianggap sebagai hero skuad bola sepak China.
Pada perlawanan berkenaan, penjaga gol berusia 34 tahun bertungkus lumus dalam memastikan gawang tidak dibolosi banyak dan difahamkan menyelamatkan 11 percubaan Thailand.
Bukan hanya dibanjiri dengan pujian menggunung, perniagaan nasi padang yang dijalankan Hassan juga mendapat keuntungan apabila menjadi menjadi tular di media sosial dan dikhaskan sebagai restoran wajib kunjung untuk pelancong China jika melancong ke Singapura.
Tangkap layar komen dari penyokong China buat Hassan.
"Bila kita pergi ke Singapura, kita patut singgah di restoran penjaga gol ini," komen penyokong China, Winsanity777.
"Jangan bermain di liga Singapura Hassan, jom bermain di liga kami (China)," cadang penyokong skuad China, X_h_Skrrrr yang berharap agar Hassan berhijrah ke saingan Liga Perdana China.
Selain itu, ada juga peminat China yang tidak berada di Singapura memesan makanan dari restoran Hassan iaitu 'Dapur Hassan' melalui platform penghantaran makanan untuk menyatakan rasa terima kasih mereka kepada penjaga gol itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram