Pemandu e-hailing cabul wanita di kedai peralatan di Selayang mengaku tak bersalah


Rakaman menunjukkan tertuduh mencabul wanita di sebuah pasar raya di Selayang.

LELAKI yang tular mencabul seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah dekat Selayang didakwa pada Selasa.

Irwan Iesa, 38, mengaku tidak bersalah mencabul punggung seorang wanita semasa pertuduhan dibaca di depan Majistret Aina Azahra Ariffin semasa di Mahkamah Majistret Selayang.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dituduh melakukan jenayah dengan mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun pada 4 Jun lalu kira-kira 2 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat lelaki cabul wanita ketika beli-belah di pasar raya Selayang

BACA LAGI: Polis tahan doktor didakwa cabul kehormatan jururawat 19 tahun di Merlimau

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh menyebabkan penjara maksimum selama 10 tahun dikenakan kepadanya. Tertuduh juga boleh dikenakan hukuman denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh bola diikat jamin dengan nilai sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin. Akan tetapi, cadangan yang dinyatakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham tersebut tidak disetujui oleh peguam mewakili tertuduh.

Peguam Gan Sing Gee dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon agar nilai jaminan diturunkan kepada RM5,000 atas faktor isteri tertuduh sedang sarat mengandung.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin dengan seorang penjamin dengan nilai RM5,000 sambil menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram