TUAN rumah Kejohanan Euro 2024, Jerman membuka saingan kali ini dengan langkah kanan selepas membenam Scotland 5-1 dalam aksi pembukaan di Allianz Arena pada awal pagi Sabtu.
Kemenengan berkenaan sudah tentu membuatkan skuad Die Mannschaft sebagai pilihan dalam kejohanan kali ini, lebih-lebih lagi dengan kelebihan beraksi di laman sendiri berpihak kepada mereka.
Namun, bagi Scotland pula, mereka yang sudah bertahun-tahun tidak menyertai kejohanan berkenaan pasti kecewa dengan kekalahan teruk dialami skuad itu.
BACA LAGI: Tahu kemampuan semasa, bekas pengendali Man United pilih Portugal jadi juara Euro 2024
BACA LAGI: Kem Jerman bergolak sebelum Euro 2024, 2 tonggak hampir gaduh besar ketika latihan
Robertson beranggapan Scotland tidak cukup agresif dalam aksi berkenaan. — Agensi
Jadi, mengulas mengenai perlawanan itu, kapten pasukan, Andrew Robertson beranggapan rakan sepasukannya tidak cukup agresif sepanjang 90 minit permainan.
Bek kiri Liverpool itu mengatakan sistem permainan cuba diterapkan pasukan pelawat seakan-akan tidak menjadi sementara pelan Jerman berjalan lancar.
Respons diberikan itu menerima respons kurang menyenangkan daripada bekas kapten Manchester United, Roy Keane yang tidak berpuas hati dengan pendirian Robertson.
Selain melabel luahan pemain itu sebagai 'sampah', pundit tersohor tersebut berasakan seorang pemain tidak boleh mengatakan mengenai sistem permainan selepas perlawanan.
Scotland pasti kecewa apabila dimalukan dalam aksi pembukaan Kumpulan A. — Agensi
"Anda tahu apakah yang penting dalam satu-satu perlawanan. Apa gunanya cakap selepas aksi tamat, kita akan marah selepas ini. Tidak, anda sepatutnya marah untuk masa yang lama.
"Robertson berkata pasukannya tidak cukup agresif, anda perlu bersemangat dalam perlawanan. Tetapi, anda berdepan pasukan lebih bagus. Jadi, berikanlah semangat sepenuhnya," katanya.
Sepanjang bertugas sebagai pundit, Roy Keane dikenali dengan sikap dan pandangannya yang tegas, lebih-lebih lagi ketika membicarakan mengenai personaliti pemain.
Ia adalah cukup relevan dengan kelakuannya memandangkan bekas kapten skuad antarabangsa Ireland berkenaan sendiri memiliki perwatakan tegas ketika masih beraksi.
Selepas ini, Scotland bakal berdepan Switzerland dalam aksi kedua Kumpulan A sementara Jerman akan menentang Hungary dengan misi meraih dua kemenangan berturut-turut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram