Tak perlu bimbang lagi khidmat Syihan, KPG ada pilihan anak jati Kedah beraksi cemerlang tepis JDT


  • Podium
  • Ahad, 16 Jun 2024

Antara aksi Muhaimin cuba menepis bola dari percubaan pemain JDT. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak mempunyai masalah ke saingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 4-0 pada aksi pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.

Kemenangan ini membawa JDT berdepan Malaysian University pada 28 Jun ini selepas pasukan Liga A1 Semi Pro membuat kejutan menewaskan PDRM FC dengan keputusan 3-0 pada Rabu lalu.

Kemaraan Harimau Selatan ke peringkat suku akhir itu dibantu selepas jaringan gol dari Fernando Forestieri, Romel Morales, Francisco Geraldes dan sepakan penalti Arif Aiman Hanapi pada masa kecederaan.

BACA LAGI: Piala FA: Bergson 'hilang' dari radar, KDN FC buat penyokong Kelantan lega

BACA LAGI: [VIDEO] 'Lambaian kerinduan', Faisal Halim akhirnya kembali ke stadium

Selain kemenangan juara bertahan Piala FA itu menjadi tumpuan, persembahan cemerlang penjaga gol KDN FC iaitu Muhaimin Mohamad turut menjadi sorotan utama selepas perlawanan berkenaan.

Masakan tidak, penjaga gol berpengalaman pernah beraksi bersama Felda United itu menyelamatkan dua kali sepakan penalti dari JDT, pertama ketika Muhaimin menepis keluar percubaan Juan Munizz pada minit ke-61.

Sepakan penalti kedua yang diselamatkan oleh Muhamin ketika percubaan pertama Arif Aiman Hanapi pada minit ke-93 namun ia dibatalkan oleh pengadi sehingga pemain muda JDT itu diberi peluang sekali lagi untuk melakukannya.

Malah,bekas penjaring terbanyak Liga Super 2022, Bergson da Silva turut hilang daripada radar selepas sukar melakukan ancaman berbahaya kepada gawang gol KDN FC yang dijaga rapi Muhaimin.

Rentetan persembahan cemerlang menentang Harimau Selatan berkenaan, ada suara-suara penyokong mula mencadangkan agar pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon cuba menguji anak jati Kedah itu bersama Harimau Malaya.

"Penjaga gol Kelantan dah boleh dapat panggilan skuad kebangsaan," kata penyokong domestik, Hamizan Bachok.

"Walaupun kalah tapi respect kepada penjaga gol KDN, Muhamin kerana banyak menepis bola berbahaya," bagi penyokong tanah air, Shazwan Fazriel.

"Sedap tengok Muhaimin main, harap boleh dapat tempat dalam Harimau Malaya," bagi penyokong skuad kebangsaan, Muhammad Redhuan.

Apabila kepakaran penjaga gol berusia 32 tahun itu digunakan, Pan-gon selepas ini tidak usah bimbang untuk menggunakan Syihan Hazmi yang baru-baru ini mengalami kecederaan sehingga terlepas peluang kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Jika dilihat pada perlawanan pusingan 16 itu juga menyaksikan skil Muhaimin jauh lebih diuji berbanding Syihan yang hanya menunggu barisan serangan KDN melakukan serangan berbahaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram