[VIDEO] 'Saya lagi kacak dari Mbappe', Thuram label wajah penyerang Perancis seperti watak Ninja Turtle


  • Podium
  • Ahad, 16 Jun 2024

Mbappe digelar sebagai Ninja Turtle kerana melambangkan kelincahannya di atas padang.

SIDANG media pra-perlawanan bola sepak kebiasaannnya diisi dengan mood yang serius lagi-lagi jika ia membabitkan aksi penting seperti kejohanan Piala Euro 2024 atau Euro 2024.

Namun, kali ini sidang media melibatkan pasukan Perancis menjelang aksi pertama skuad The Blues menentang Austria pada 18 Jun ini dalam perlawanan Kumpulan D, Euro 2024 diisi dengan gelak ketawa.

Suasana menghiburkan itu bermula apabila pemain Perancis, Marcus Thuram memberikan respons menggelikan hati kepada seorang wartawan yang tersilap memanggilnya dia sebagai Kylian Mbappe.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Grip' kepala lawan sebelum hentak ke padang, bintang Sepanyol terlepas hukuman siap jaringkan gol

BACA LAGI: Kem Jerman bergolak sebelum Euro 2024, 2 tonggak hampir gaduh besar ketika latihan

“Saya lebih kacak daripada Kylian. Saya tidak kelihatan seperti Ninja Turtle,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan sebelum perlawanan pembukaan Perancis menentang Austria pada Selasa (waktu Malaysia).

Bagi sesiapa yang mengenali Mbappe, ketua pasukan Perancis itu mendapat nama samaran dari rancangan televisyen kanak-kanak popular iaitu Ninja Turtle kerana melambangkan kelincahannya di atas padang.

Kecemerlangan Mbappe sememangnya semakin menyerlah apabila penyerang itu baru sahaja menyertai Real Madrid pada perpindahan musim ini selepas prestasi mengagumkan bersama Paris Saint Germain.

WhatsApp Image 2024-06-16 at 17.06.04

Thuram dijangka akan diturunkan sebagai kesebelasan utama menentang Austria. — Instagram/Thuram

Khidmat pemain berusia 26 tahun itu akan digunakan lagi bersama Perancis dalam kejohanan Euro kali ini dengan skuad bimbingan Didier Deschamps pasti mahu membawa Perancis sebagai Raja Eropah selepas kali terakhir memenanginya pada 2000.

Selain Mbappe, Thuram yang mengharungi musim yang luar biasa bersama Inter Milan dengan menjaringkan 15 gol dan memberikan 14 bantuan gol dalam 35 perlawanan berpotensi untuk memberi sumbangan yang berbaloi buat skuad kebangsaan Perancis.

Perjalanan juara Piala Dunia 2018 itu di saingan kejohanan Euro tahun ini akan bermula dengan mengatasi lawan Kumpulan D mereka iaitu Austria, Poland dan Belanda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram