eMAS lakar sejarah, diiktiraf pasukan e-Sukan warga emas pertama Malaysia


  • eSports
  • Khamis, 13 Jun 2024

Pasukan eMAS mendapat sokongan penuh daripada Persekutuan Esports Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

DEMI menyahut cabaran untuk meningkatkan ekosistem e-Sukan di Malaysia, Goodday Charge sebagai rakan strategik mengumumkan pembentukan pasukan eMAS iaitu sebuah pasukan e-Sukan yang disertai oleh pemain-pemain berusia lebih 50 tahun ke atas.

Pengenalan pasukan itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Orange Esports Club, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pasukan eMAS mendapat sokongan penuh daripada Persekutuan Esports Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi mengukuhkan tempat mereka dalam sejarah negara sebagai pasukan e-Sukan senior atau warga emas pertama di negara ini.

BACA LAGI: Selepas 5 tahun kemarau trofi, JDTGBX mahu rampas eMFL Liga Super 2024

BACA LAGI: 'Asalkan tak sentuh keluarga', Moon Todak berang peminat rosakkan poster

Pengiktirafan eMAS bukan sahaja mencipta sejarah tetapi juga membuka lembaran baharu dalam landskap e-Sukan bagi membuktikan bahawa semua peringkat umur boleh menjadi medium yang berkesan untuk menggalakkan kesihatan mental dan fizikal serta perpaduan antara generasi.

WhatsApp Image 2024-06-13 at 2.56.48 PM

Pengenalan pasukan itu dibuat oleh Hannah Yeoh di Orange Esports Club, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Hannah Yeoh berkata, melalui inisiatif Boomers2Gamers menunjukkan bahawa sukan itu boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada komuniti gamers dan warga emas.

"e-Sukan sering dilihat sebagai domain orang muda, tertumpu sepenuhnya pada hiburan. Bagaimanapun, melalui inisiatif seperti Boomers2Gamers, kita menunjukkan bahawa e-Sukan merangkumi lebih banyak perkara.

"Ia tentang pemikiran strategik, kecergasan mental dan komuniti - kualiti yang selaras dengan sukan tradisional," katanya pada majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan yakin dengan penubuhan pasukan e-Sukan senior pertama di Malaysia akan memberikan sesuatu yang positif dalam ekosistem e-Sukan di negara ini.

"Goodday Charge berdedikasi untuk menyokong keyakinan bahawa e-Sukan adalah sukan, memerlukan disiplin, kemahiran, dan kecergasan untuk prestasi optimum.

"Dari menyokong Garis Panduan Pembangunan eSukan Kebangsaan (NESDEG) dengan Kementerian Belia dan Sukan hingga Penganugerahan e-sukan Malaysia 2024, matlamat kami adalah untuk mengubah stereotaip negatif dan salah faham tentang e-sukan di Malaysia.

"Sebagai rakan strategik, Goodday Charge menyediakan susu coklat yang lazat yang diformulasikan khas dengan nutrien penting seperti protein dan kompleks Vitamin B untuk menyokong atlet e-Sukan kita semasa pertandingan.

"Malaysia mempunyai ramai pemain permainan yang bersemangat, tetapi stigma sosial, terutamanya dari generasi senior, menghalang penerimaan e-Sukan sebagai sukan yang sah.

"Untuk merapatkan jurang ini, Goodday Charge melancarkan inisiatif 'Boomers to Gamers', membentuk pasukan e-Sukan warga emas pertama, eMAS.

WhatsApp Image 2024-06-13 at 5.46.42 PM

Pengenalan enam ahli pasukan eMAS.

Kempen Boomers2Gamers telah mendapat penerimaan yang mengagumkan dengan 298 pemohon dan hanya 10 peserta terbaik akan diberikan latihan selama beberapa minggu, yang menumpukan kepada aspek Kemahiran Terlatih, Strategi, Tahap Kecekapan Fizikal, Kerjasama Pasukan dan Komunikasi.

Selepas mengharungi ujian penting, enam ahli pasukan dipilih terdiri daripada Trish Lim sebagai Ketua Pasukan, Nahar Ludhfi (pemusnah masuk), Ahmad Zamzuri atau Tom (pemusnah masuk kedua), Johan Arifin dan John Yap (sokongan) dan Linda Tee (pemain gantian).

Setiap individu dipilih oleh bekas atlet e-Eukan profesional dengan pengalaman lebih dari 20 tahun, Mohd Syazwan ‘Wanr0’ dan Mohammed Reza ‘Rexa’ berdasarkan kriteria tertentu.

Untuk mengukuhkan tempat mereka dalam sejarah e-Sukan Malaysia, pasukan eMAS bersaing dalam empat pertandingan melawan pasukan Counter-Strike profesional Malaysia, HXG.

Pengiktirafan ini dari Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dan Buku Rekod Malaysia secara rasmi menandakan mereka sebagai Pasukan E-sukan Warga Emas Pertama Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram