Elak kisah PDRM berulang, 3 cara Kedah boleh ambil elak dimalukan Bukit Tambun


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (berdiri tengah) meluangkan masa melihat persiapan pasukannya di Stadium Darul Aman baru-baru ini. — Facebook/KDAFC

PEMBUKAAN aksi Piala FA 2024 mengejutkan penyokong tanah air selepas satu daripada tiga wakil Liga A1 Semi-Pro, Malaysian University FT menewaskan kelab Liga Super, PDRM FC 3-0 dalam aksi pusingan 16 sekali gus menempah tiket ke suku akhir.

Dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada Rabu, skuad kendalian Ridzuan Abu Shah itu melakar kejutan menghantar keluar barisan kedua Sang Saka Biru.

The University Tigers bermula garang apabila merobek gawang lawan menerusi sentuhan penyerang, Mohd Shahir Abdul Rahman menewaskan penjaga gol, The Cops, Muhd Asri Muhammad seawal minit kelima.

BACA LAGI: 'Faisal Halim bukan manusia biasa tapi seperti singa'

BACA LAGI: Ramai doa pelaku simbah asid Faisal Halim terima azab teruk, dilaknat ALLAH

WhatsApp Image 2024-06-13 at 23.38.09

Anak-anak buah Nafuzi terus fokus berlatih menjelang aksi Piala FA Jumaat nanti.

Gawang PDRM terus bocor apabila dua pemain MUFT Hadi Mohamad dan Muhammad Zharif Nazhan Refli menyumbat masuk masing-masing satu gol.

Kemenangan itu menyaksikan MUFT mengesahkan slot suku akhir akan menanti pemenang perlawanan antara penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan Darul Naim FC yang berlangsung secara timbal balik pada 28 Jun dan 4 Julai ini.

Pastinya tugas sukar menanti pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang akan bertemu satu lagi wakil Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun di laman sendiri pada Jumaat.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan kisah PDRM berulang di bumi Kedah, terdapat tiga cara yang boleh diperbaiki oleh Sang Kenari agar tidak diaibkan oleh Bukit Tambun.

WhatsApp Image 2024-06-13 at 23.38.09 (1)

Penyokong berharap agar Assifuah diberi peluang untuk membantu jentera serangan KDA FC. Facebook/KDAFC

1. Beri peluang buat Ebenezer Assifuah

Kedah perlu berani untuk mengambil keputusan menurunkan penyerang berbisa iaitu Ebenezer Assifuah.

Hal ini kerana, Bukit Tambun dilihat jauh lebih sukar dihadapi jika dibandingkan dengan MUFT.

Bukan itu sahaja, Bukit Tambun dijangka akan mempertaruhkan pemain berkualiti seperti bekas kapten Penang FC, Abdul Qayyum Jabrullah dan Muhammad Rafiuddin Roddin.

Dalam pada itu, kehadiran Assifuah yang mempunyai kelajuan, kekuatan dan penyudah yang baik dijangka mampu merobek benteng pertahanan Bukit Tambun.

2. Turunkan ubi muda

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain perlu berani menaruh kepercayaan kepada pemain muda untuk bermain dengan skuad utama walaupun mereka kurang berpengalaman.

Hal ini kerana, ia akan memberi pendedahan awal supaya mereka dapat mengutip pengalaman bermain dalam perlawanan sebenar.

Malah, pemain muda yang beraksi sebagai pemain gantian dapat membina keyakinan apabila beraksi atas padang sekali gus membentuk kesinambungan kepada diri pemain dan pasukan.

Bukan itu sahaja, Kedah turut memiliki kelebihan sekiranya menggunakan pemain muda agar kelajuan yang dimiliki oleh Bukit Tambun dapat disekat oleh Sang Kenari.

WhatsApp Image 2024-06-13 at 23.38.09 (2)

Anak-anak buah Nafuzi Zain ketika sesi latihan terakhir sebelum berdepan Bukit Tambun. Facebook/KDAFC

3. Peka sepanjang aksi

Skuad Sang Kenari memiliki kelebihan meraih kemenangan apabila beraksi di laman sendiri.

Apatah lagi akan beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad kendalian Nafuzi Zain itu perlu peka dengan mengawal permainan dengan baik.

Sekiranya benteng pertahanan Kedah leka, pastinya peluang untuk mendapatkan tiket ke peringkat suku akhir amatlah sukar.

Dalam pada itu, skuad kendalian Nafuzi itu perlu memberi fokus sepenuhnya kepada corak permainan yang diterapkan oleh pengendali mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram