Bekas coach Liga Super bongkar sebab JDT 'diayam-ayamkan' kelab Jepun, punca HM pancit awal


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Bergson dihalang pemain Kawasaki Frontale pada aksi Piala ACL di Stadium Kawasaki Todoroki, Jepun pada 2023 yang menyaksikan JDT akur tewas 0-5. — Facebook/JDT

PERJUANGAN Harimau Malaya di pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 terhenti selepas sekadar menghuni kedudukan ketiga Kumpulan D dengan hanya dibezakan satu mata di belakang Kyrgyztan yang mengutip 11 mata.

Dalam dua perlawanan sepanjang Jun, Malaysia mencatatkan seri dengan keputusan 1-1 menentang Kyrgyzstan dan menang 3-1 ke atas Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ada yang melihat kegagalan menang besar ke atas Taiwan itu adalah disebabkan kesilapan taktikal pengendali Malaysia, Kim Pan-gon namun bagi pelatih kecergasan persendirian, Iskandar Salleh berpandangan kecergasan pemain kebangsaan masih perlu diperbaiki.

BACA LAGI: 'Ramai rakan mati depan mata', bekas coach Liga Super kongsi sukan tanpa persediaan sangat bahaya

BACA LAGI: 'Rela kerja kampung gaji RM50, janji keluarga selamat', Faisal Halim sebak di sidang media

Berdasarkan pemerhatian Iskandar, kecergasan pemain kebangsaan kurang memuaskan disebabkan kurangnya menggunakan program latihan kekuatan dan conditioning untuk menambah potensi.

"Kalau tengok perlawanan (Selasa), banyak pemain tak boleh tahan bola dan tak boleh lari dah sebab badan tak kuat. Sebab itu, kena kuatkan badan. Mungkin jurulatuh di luar tak suka bila dengar yang kita kena tukar program kecergasan.

"Maksudnya tukar program ialah tak boleh angkat ringan, buat stesyen untuk latihan. Semua itu indurance. Kita nak kukuhkan kekuatan. Ini asas untuk sukan untuk kuatkan badan. Saya boleh katakan ini kelemahan yang kena ubah.

"Ini yang kita ketinggalan, Kita tiada masalah nak main bola cuma badan kita tak kuat. Ambil contoh main bola 90 minit tapi berapa kali pemain bola pegang bola dalam 90 minit. Mereka hanya pegang bola 60 ke 90 saat sahaja. Ini fakta.

"Kita hari-hari latihan sepak bola untuk 90 saat tapi yang 90 minit lupa nak fokus iaitu berlari. Tidak cukup sekadar buat latihan kecergasan selama 20 minit. Kita kena buat 90 atau 120 minit termasuk latihan tambahan," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-06-14 at 20.48.07

Meskipun menang 3-1 menentang Taiwan namun Malaysia gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2023. Facebook/FAM

Menurutnya, karier sebagai pemain bola sepak memerlukan pengorbanan yang besar baik dari segi tenaga mahupun masa, lebih-lebih lagi sekiranya pemain itu mahu menjadi seorang yang terbaik berbanding lawannya.

Iskandar yang mempunyai sijil tahap dua kekuatan dan conditioning daripada World Rugby mahu ubah program berkenaan diaplikasikan bola sepak Malaysia agar semua pemain tempatan setanding dengan bintang antarabangsa yang lain.

"Sekarang latihan saya untuk pemain kena buat 90 minit ke sprint dan buat interval, ini asas lepas itu kita kena push mereka. Memang sakit tapi itu pengorbanan main bola. Pemain kebangsaan patutnya lari dalam 13 ke 15 kilometer (km) untuk latihan.

"Ada seorang pengendali luar katakan pemainnya buat 10 km tapi demand dalam bola sepak kena 13 km. Perkara ini bantu membaiki stamina dan kelajuan. Semua ini demand bola sepak antarabangsa, bukan demand bola sepak kampung," jelasnya.

WhatsApp Image 2024-06-13 at 16.24.36

Iskandar (dua dari kanan) pernah menjadi jurulatih kecergasan Kelantan pada musim lepas.

Bukan itu sahaja, bekas jurulatih kecergasan Kelantan berkenaan juga mengatakan faktornya kurangnya latihan kekuatan dan conditioning itu juga punca pasukan seperti Johor Darul Ta'zim tidak dapat memberi saingan di kejohanan Liga Juara-Juara Asia.

Iskandar mengambil contoh perlawanan JDT menentang Kawasaki Frontale yang menyaksikan Harimau Selatan dibelasah Kawasaki Frontale 5-0 dalam aksi ACL di Stadium Kawasaki Todoroki, Jepun pada 2023.

"Walaupun JDT fasiliti lengkap tapi pergi Jepun kalah 0-5 dengan kelab nombor lapan liga Jepun sebab benda (kekuatan dan conditioning) ini. Saya percaya jika kita ubah Piala Dunia 2030 tiada masalah.

"Latihan ini hanya perlu enam bulan untuk buat ini. Bagi makan dan buat betul-betul. semua ikut, setakat nak lawan Jepun tiada masalah," jelasnya yang melihat pemain kebangsaan rata-ratanya mempunyai skil namun kalah dari segi kekuatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram