MANCHESTER United memberikan petunjuk kepada penyokong setia The Red Devils bahawa jersi ketiga mereka musim ini akan diumumkan pada Rabu.
The Red Devils juga membuat spekulasi bahawa legenda kelab, Roy Keane berkemungkinan akan menjadi model jersi tersebut selepas sebuah klip video memaparkan wajah bekas pemain itu di media sosial rasmi mereka.
Man United melancarkan kit home mereka yang ditaja Adidas pada 27 Jun dan sudah memakainya semasa perlawanan pramusim.
Manakala kit untuk dipakai ketika perlawanan di gelanggang lawan pula dilancarkan pada 24 Julai lalu.
Bagi jersi ketiga ini, terdapat cadangan di media sosial bahawa warna utamanya adalah putih dan Keane akan kelihatan sesuai menggunakannya.
Peminat Man United menyukai kit di gelanggang sendiri serta di tempat lawan dan disebabkan itu Adidas tidak akan mengecewakan dengan reka bentuk jersi ketiga.
Man United baru-baru ini mengumumkan lanjutan perjanjian kit mereka dengan gergasi pakaian sukan Jerman itu, dengan perjanjian 10 tahun bernilai £900 juta (RM4.5 bilion).
Hubungan antara Red Devils dan Adidas telah berterusan sejak musim 2015-16 setelah kedua-dua pihak bersatu semula selepas 23 tahun.
Adidas akan terus menyediakan kit rasmi berkualiti kepada Man United sehingga 2035, manakala TeamViewer kekal sebagai penaja baju utama.
Kelab gergasi di Manchester itu dalam misi untuk memenangi sesuatu yang besar pada musim ini selepas menjulang Piala Carabao musim lalu.
Kali terakhir mereka memenangi Liga Perdana pada 2013 dan tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara sejak 2008.
Pengurus Erik ten Hag sudah membawa masuk Mason Mount, Andre Onana dan Rasmus Hojlund ke dalam skuadnya dan masih menyasarkan perjanjian untuk pemain tengah pertahanan Fiorentina, Sofyan Amrabat.
Man United akan berkunjung ke laman Wolverhampton Wanderers Isnin depan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka musim ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram