Legenda Man U label bek kiri Liverpool sebagai ‘bayi besar’ lepas insiden disiku pengadil


  • Podium
  • Isnin, 10 Apr 2023

Robertson membantah tindakan itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Paul Tierney. — Agensi

BEKAS kapten dan legenda Manchester United, Roy Keane dengan selamba melabel pemain pertahanan kiri Liverpool, Andy Robertson sebagai ‘bayi besar’.

Kritikan Keane terhadap Robertson dibuat selepas penolong pengadil, Constantine Hatzidakis didakwa menyiku pemain Scotland itu sebaik wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan ketika pertemuan menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 26 tahun yang membantah tindakan itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Paul Tierney.

Robertson sempat memberitahu wartawan Sky Sport ketika dia kembali ke bilik persalinan bahawa dia disiku di bahagian kerongkong.

“Tidak. Tetapi Robertson, adakah anda tahu, adakah dia merebut penjaga garisan dahulu? Saya tidak pasti, tetapi dia merungut. Dia sepatutnya lebih bimbang tentang pertahanannya.

"Saya telah memerhatikannya beberapa kali. Dia seperti seorang bayi yang besar. Sepatutnya dia teruskan permainan dan tumpukan perhatian pada pertahanan pasukannya. Bukannya bergaduh dengan penjaga garisan,” katanya.

WhatsApp Image 2023-04-10 at 14.19.31

Tangkap layar insiden Hatzidakis didakwa menyiku Robertson.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson, dilaporkan menyuarakan perkara itu kepada pengadil, Paul Tierney, sebelum pemain memasuki bilik persalinan.

Penolong pengadil itu kembali ke tepi pada separuh masa kedua dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Hatzidakis kini berdepan siasatan susulan tindakannya selepas badan induk yang bertanggungjawab ke atas pengadil profesional di England, PGMOL berkata, mereka akan mengkaji semula insiden itu.

"PGMOL menyedari insiden yang melibatkan penolong pengadil, Constantine Hatzidakis dan pertahanan Liverpool Andrew Robertson pada separuh masa semasa perlawanan Liverpool lawan Arsenal di Anfield.

"Kami akan mengkaji semula perkara itu sepenuhnya setelah perlawanan tamat,” kata organisasi berkenaan.

Arsenal mendahului 2-1 pada separuh masa, tetapi Liverpool berjaya mencatat keputusan seri 2-2 apabila tandukan Roberto Firmino pada minit ke-87. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram