Usaha cungkil bakat sejak bangku sekolah, inisiatif JDT-JPNJ wajar jadi contoh


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Usaha dan titik peluh daripada pelbagai pihak dalam menjayakan program tersebut sudah membuahkan hasil hari ini.

LANDSKAP bola sepak tanah air boleh dikatakan sedikit berbeza kerana kekangan bajet dan penaja membuatkan kelab tidak memiliki sebuah akademi serba lengkap.

Jadi, untuk mengatasi masalah ketiadaan pelapis, kebanyakan pasukan Liga Super lebih berharap kepada lepasan sekolah sukan yang sudah menerima pendedahan di usia muda.

Bagaimanapun, kekurangan jumlah sekolah sedemikian dalam negara menyaksikan kebanyakan kelab sering berebut untuk mendapatkan pemain muda yang berbakat.

BACA LAGI: Berjaya ‘gari’ Sang Saka Biru, jumpa JDT akan jadi kenangan manis

BACA LAGI: Hadi Fayyadh patut ikut langkah ex JDT dan tonggak Sabah

441881183_1066062135136741_3051979435877909828_n

DTC-JDT Uda Utama memiliki lambakan alumni yang cukup berkualiti.

Dalam mengatasi masalah itu, satu inisiatif diambil Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama pasukan terbaik tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Program dikenali sebagai Pusat Latihan Daerah (DTC) merupakan inisiatif diambil dengan memberikan kepercayaan terhadap sekolah terpilih di setiap daerah untuk mengasah bakat pemain muda.

Salah sebuah sekolah yang diberikan kepercayaan berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Uda Utama dengan juga dikenali sebagai DTC-JDT Uda Utama.

Pusat pendidikan tersebut boleh dikatakan cukup berjaya kerana dua daripada alumni mereka, Daryl Sham KK George dan Ramadhan Saifullah kini beraksi bersama JDT II, namun beberapa kali diberikan peluang dalam skuad utama.

Mohd Fahmi Mat Saad yang merupakan salah seorang tulang belakang di sebalik projek itu berkata, dia amat menghargai usaha dan inisiatif diambil dalam mengasah bakat muda.

"Ini satu pendekatan yang bagi saya amat bagus dan saya rasa negeri lain patut ambil model sebegini. Saya rasa Perak ada ambil model berkenaan dan dibawa pulang oleh Ahmad Shahrul Azahar untuk diterapkan.

"Saya berasakan ini adalah langkah baik untuk kita menyediakan 'pool' yang besar untuk pelajar berminat bermain bola sebagai medium bagi mereka," katanya kepada Majoriti.

433230722_1019259056483716_8880185521055427268_n

Fahmi yang merupakan salah seorang watak utama di sebalik DTC-JDT Uda Utama menghargai langkah diambil itu.

Jelasnya, DTC-JDT Uda Utama yang dirasmikan pada 2020 itu memiliki kira-kira 500 alumni dengan masing-masing berjaya selepas menamatkan pengajian baik dari segi pendidikan mahupun karier bola sepak.

Malah, ada daripada mereka kini beraksi dalam kelab-kelab Liga Super, termasuk Daryl dan Ramadhan dengan ia menjadi bukti dan hasil daripada titik peluh diberikan.

Tambah Fahmi, kebangkitan skuad Harimau Selatan sejak ditubuhkan menjadikan pemain muda di Johor cukup bersemangat untuk menceburi dunia bola sepak.

"Keinginan pelajar untuk bermain bola sepak di peringkat sekolah lagi sudah dapat dilihat. Mungkin untuk mereka bersaing ke akademi JDT sukar, jadi mereka perlu medium berbeza.

"Untuk PLD (pusat latihan daerah), mungkin hanya terdapat satu sekolah. Oleh itu, kita perlu buka satu atau dua sekolah di setiap daerah bagi memberikan ruang untuk mencungkil dan mengasah bakat mereka," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram