[VIDEO] Piala FA: Penalti tak direstui, fans TBG berang ditunjuk jalan keluar terlalu awal


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Safawi antara watak penting TFC mengecewakan Perak FC dalam aksi Piala FA pada Jumaat. — TFC

TERENGGANU FC (TFC) tersenyum lebar selepas berjaya meraih kemenangan dengan kemenangan tipis 2-1 ke atas Perak FC dalam perlawanan Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Jumaat.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu dilihat kurang menjadi apabila pintu gawang Sang Penyu dibolosi seawal minit keenam menerusi jaringan Luiz Motta yang gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.

Pada minit ke-35 permainan, pemain tengah Terengganu, Manuel Ott dikasari pertahanan Perak, Tommy Mawat dalam kawasan penalti pasukan pelawat sekali gus menghadiahkan sepakan penalti buat TFC yang disempurnakan Safawi Rasid untuk jaringan penyamaan.

BACA LAGI: Tahu kemampuan semasa, bekas pengendali Man United pilih Portugal jadi juara Euro 2024

BACA LAGI: ‘Pattern itu kita nampak, motif kita tidak ada’, polis respons isu 3 bintang bola sepak termasuk serangan asid Faisal Halim

Dalam pada itu, jaringan Safawi Rasid dan Marin Pilj pada minit-minit akhir babak pertama berjaya menyelamatkan maruah TFC di hadapan penyokong sendiri.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Yusri Che Lah dilihat berhempas pulas mencari gol untuk menyamakan kedudukan namun tidak berjaya menembusi benteng pertahanan TFC.

Dalam masa sama, Terengganu turut dahaga untuk mencari jaringan tambahan menerusi serangan demi serangan yang dihasilkan.

Bagaimanapun, berlaku drama pada minit ke-64 apabila pemain Perak, Firdaus Saiyadi dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selepas semakan daripada VAR mengesan kekasaran keras yang dilakukan terhadap Safawi Rasid.

Susulan kekalahan tersebut, ramai penyokong Perak FC tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan yang memberi penalti kepada pasukan tuan rumah kerana dilihat sebagai keputusan berat sebelah.

"Refree dengan VAR bagi aku sama saja, tak berguna sangat, benda tak penalti boleh penalti," kata Ewan Afiq.

"Refree ni pun satu hal, macam sengaja nak bagi Terengganu menang," kata Zulhusni Zaman.

"Refree berat sebelah, nampak sangat nak Terengganu ke suku akhir," kata Jack O Neil.

Kemenangan itu menyaksikan TFC mengesahkan slot suku akhir Piala FA dan akan menanti pemenang perlawanan antara Sabah FC menentang KL Rovers pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram