Wan Rosdy dibenar pulang selepas 8 hari di IJN


  • Primer
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Wan Rosdy Wan Ismail sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat. — Facebook/WanRosdyWanIsmail

MENTERI Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak 7 Jun lepas.

Wan Rosdy berkongsi perkembangan terbaharu itu dalam hantaran menerusi Facebook peribadi miliknya pada Jumaat.

Menurutnya, doktor turut menasihati supaya banyak berehat dan perlu menjalani rawatan susulan.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki dituduh mengintai, cuba ambil gambar dari bawah pintu tandas wanita di Batu Pahat

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Persona sambil pegang objek serupa pistol ditahan bersama pedang di Kuala Terengganu

"Alhamdulillah, saya telah dibenarkan pulang setelah menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), tengah hari tadi (Jumaat).

"Buat masa ini saya dinasihatkan untuk banyakkan berehat serta perlu menjalani rawatan susulan.

"Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat saya selama lapan hari saya berada di IJN.

"Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya.

"Insya-Allah, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa. Semoga ALLAH SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram