PELAJAR Universiti Malaysia Sabah (UMS) tetap meneruskan perhimpunan bagi membantah isu bekalan air yang dihadapi di universiti tersebut walaupun tidak mempunyai permit serta kelulusan pihak polis.
Perhimpunan yang dihadiri kurang daripada 50 pelajar itu berarak kira-kira lima kilometer (km) dari kampus UMS ke Pejabat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Sabah pada pukul 2.30 petang.
Para pelajar yang disertai beberapa orang NGO itu menonjolkan masalah serius yang dihadapi oleh penduduk di pelbagai tempat di Sabah dan bukan hanya kampus UMS.
BACA LAGI: Protes #KamiMahuAir di Sabah tetap diteruskan tanpa permit, kelulusan polis
Para pelajar berhimpun dari kampus universiti ke Kompleks Pentadbiran Negeri Sabah. — The Star
Mereka yang membawa kain rentang, pembesar suara dan beberapa peralatan lagi melontarkan kata-kata serta slogan yang mendesak diberikan akses kepada air bersih ketika berjalan dari kampus utama berhampiran Menara Kinabalu.
Tertera jelas di sepanduk tersebut, kumpulan itu menyatakan kekecewaan mereka terhadap masalah berkenaan dengan kata-kata seperti "Kami memerlukan air, bukan janji manis politik" dan "Kami mahu hak asasi kami".
Dipercayai, mereka hanya mahu bertemu dengan Ketua Menteri Sabah untuk menyerahkan sendiri memorandum mengenai enam perkara agar masalah bekalan air di seluruh negeri diselesaikan.
Meskipun Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya keluar untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak Hajiji tetapi kumpulan itu menolak.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Mohammad Norhamdin Nordin berkata, mereka hanya akan menyerahkan memorandum kepada Hajiji dan akan duduk di hadapan Menara Kinabalu selama mana yang diperlukan sehingga Ketua Menteri Sabah itu datang.
Bercakap kepada pemberita, Shahelmey tidak menolak protes itu bermotifkan politik.
“Daripada kata-kata yang dilontarkan, tuntutan air hanyalah alasan untuk mengadakan demonstrasi, ia lebih bermotifkan politik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, beliau memaklumkan bahawa Hajiji bersetuju untuk bertemu dengan mereka dalam masa terdekat namun kumpulan itu enggan mendengar dan terus menyahut tuntutan mereka dengan lantang. — TheStar/DURIERAINERFONG/MUGUNTANVANAR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram