ZIKRY Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Moon daripada pasukan Todak terkilan dengan segelintir peminat Liga Profesional Mobile Legends (MPL) apabila bertindak untuk merosakkan poster gambarnya di sekitar Stadium MBSJ Serdang Jaya yang menjadi venue bagi kejohanan MPL Musim 13.
Moon menerusi perkongsian di media sosial menyatakan dia tidak kisah dengan perbuatan penyokong lawan, namun memberi amaran supaya jangan mengganggu keluarganya.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Lagi penting ilmu di kepala, berbanding warna rambut', Subramaniam tegur Harimau Muda
Tangkap layar posting Moon berkenaan tindakan vandalisme penyokong yang tidak bertanggungjawab.
"Sejujurnya, terkejut dengan komuniti kita dah jadi macam ini.
"Tapi komen aku pasal benda ini (vandalisme) ialah tiada apa-apa.
"Sebab aku tak kisah apa mereka nak fikirkan pasal aku, nak koyak, bakar atau buang? Dipersilakan saudara.
"Asalkan 'korang' tak sentuh keluarga, sekian," luahnya.
BACA LAGI: Carlos Tevez dikejarkan ke hospital sebab sakit dada
Meskipun kini dipinjamkan ke NINERS, majikan asal Moon, Todak Gaming tidak berdiam diri apabila mengeluarkan kenyataan yang menolak segala bentuk provokasi dan vandalisme dilakukan penyokong pihak lawan.
"Todak sebagai entiti yang komited kepada profesionalisme dan integriti, kami dengan tegas mengutuk segala tindakan tidak profesional dan vandalisme yang telah dilakukan di Stadium MBSJ Serdang Jaya.
"Perbuatan seperti ini merosakkan kepercayaan, hormat dan asa masyarakat yang beradab," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Untuk rekod, Todak kini menduduki tangga keempat dalam MPL Musim 13 selepas mengutip lapan mata manakala Selangor Red Giants menghuni tempat pertama dengan 12 mata tanpa sebarang kekalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram