Siklon Remal: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa waspada, patuh arahan pihak berkuasa


  • Primer
  • Selasa, 28 Mei 2024

Angin kencang dan hujan lebat yang melanda sepanjang kawasan pantai di Bakkhali, South 24 parganas, West Bengal, India pada Ahad lalu.

KEMENTERIAN Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan New Delhi, India menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada susulan Siklon Remal yang melanda persisiran pantai kedua-dua negara itu pada Ahad lalu.

Kementerian Luar berkata, pihaknya sedang memantau rapat impak susulan serta mengarahkan rakyat Malaysia di kawasan itu mengikuti perkembangan terkini serta mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh atau e-mel: [email protected]," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Polis kesan fans NFSC buat kecoh, rosakkan pagar besi Stadium MBPJ

BACA LAGI: Nasib Martial, Ten Hag bersama Man United akhirnya terjawab

Id_obj52089958_1716865785

Orang ramai berjalan di atas benteng yang rosak di sepanjang sungai Sonatola semasa hujan lebat di Patuakhali. — Agensi

Katanya, mereka juga boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India, di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi atau melalui telefon: +91 859 5550594 atau e-mel: [email protected].

Kementerian itu berkata, akan berusaha untuk memastikan orang ramai dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terkini, tambah kenyataan itu.

Sebelum ini media melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di daerah pantai di Bangladesh dan dua lagi terbunuh di India, manakala berjuta-juta orang terjejas oleh siklon tropika itu.

Taufan itu turut menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan telekomunikasi dan penerbangan serta kerosakan harta benda di kawasan terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram