Lebih sebulan kes serangan asid, Faisal Halim akan muncul di khalayak umum pada Khamis


  • Podium
  • Rabu, 12 Jun 2024

Kelibat Faisal sudah tidak dapat disaksikan sejak pemain berkenaan mengalami serangan di tempat awam. — Facebook/Selangor FC

SELEPAS kira-kira sebulan mengalami serangan simbahan asid, Faisal Halim akan kembali berada di hadapan lensa kamera seperti mana dikongsikan kelabnya, Selangor FC.

Ia sekali gus akan mengubat kerinduan penyokong bola sepak tanah air terhadap tonggak Harimau Malaya itu yang sudah lama tidak berada di atas padang.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kelab Lembah Klang itu akan mengadakan sidang media khas berhubung perkembangan terkini Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey yang mungkin dikawal ketat sebagai langkah keselamatan pemain terbabit.

BACA LAGI: Luka Faisal Halim belum kering, sudah mula jalani fisio ringan — CEO Selangor

BACA LAGI: Selangor FC cari jalan terbaik, Faisal Halim dapat kembali beraksi musim ini

2686736

Faisal Halim mengalami serangan asid oleh pihak yang masih belum diketahui.

Sebelum ini, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu yang menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Dia berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Kecederaan yang dialami Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.

Sehingga kini, status pemain berkenaan sama ada boleh menyertai kem latihan Selangor FC masih lagi menjadi tanda tanya sehingga menyebabkan penyokong bola sepak tanah air memberi gambaran kemungkinan dia akan terlepas aksi saingan Liga Super musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram