Kelab kerdil Papua tukar mod JDT, bermimpi besar malukan skuad Bojan Hodak


  • Podium
  • Isnin, 10 Jun 2024

PSBS Biak mengikuti cara JDT dalam mempersiapkan pasukan mereka untuk musim Liga 1 Indonesia.

HASIL kerja keras beraksi di saingan Liga 2 Indonesia sehingga dinobatkan sebagai juara musim 2023/2024, PSBS Biak akhirnya dinaikkan pangkat ke Liga 1 Indonesia untuk musim berikutnya.

Skuad Pacific Storm berjaya merealisasikan impian mereka selepas berdekad bergelut di liga bawah dan lebih menarik, PSBS Biak menjadi kelab dari kepulauan Papua ketujuh berhasil menembusi pertandingan bola sepak divisyen tertinggi Indonesia.

Kehadiran PSBS dalam saingan Liga 1 musim depan bakal mengembalikan wajah bola sepak Papua di pentas tertinggi bola sepak Indonesia selepas tiada sebarang wakil dari kepulauan itu selama dua tahun selepas Persipura Jayapura diturunkan pada 2022.

BACA LAGI: [VIDEO] Dituduh ‘mastermind’ kes Faisal Halim: ‘Saya ada target lebih besar, yang susahkan dan ambil duit rakyat’, tegas TMJ

BACA LAGI: Selain Irfan Fandi, ada 2 lagi bintang Sang Garuda dalam radar kelab Liga Super

Kelab kerdil seperti PSBS Biak pastinya memasang impian besar untuk memberi saingan kepada pasukan gergasi Liga 1 Indonesia apabila mereka dilihat agresif dalam membawa masuk tenaga pakar dari Eropah.

Misalnya, pihak pengurusan PSBS Biak baru sahaja selesai merekrut bekas jurulatih kelab La Liga, Getafe iaitu Juan Esnaider sebagai pengendali baharu mereka dalam Liga 1 musim 2024/2025.

Esnaider yang mengepalai Getafe pada saingan La Liga 2026 itu mempunya profil mengagumkan apabila pernah bermain untuk Real Madrid, Atletico Madrid dan Juventus pada pertengahan 2000-an.

Bukan itu sahaja, PSBS Biak juga dilihat serius untuk mencabar kelab gergasi seperti pasukan kendalian Bojan Hodak iaitu Persib Bandung apabila membeli pemain dari Brazil, Jonata Machado.

vfjgiuu

Esnaider (dua dari kiri) ketika tiba di Indonesia pada baru-baru ini. — Agensi

Bek ini sudah berada di Jakarta sejak Jumaat lalu dan difahamkan akan segera menyertai pemain lain di kem latihan dalam masa terdekat sebagai persediaan musim mencabar saingan Liga 1 Indonesia.

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu bekas pemain kelab berpangkalan di Bolivia iaitu Jorge Wilstermann dan merupakan seorang pertahanan yang berkebolehan untuk menyekat serangan pihak lawan.

Persediaan rapi dari skuad Pacific Storm itu mendapat pujian penyokong Indonesia sehingga ada yang menyatakan PSBS Biak mengikuti cara Johor Darul Ta'zim (JDT) merekut jurulatih dan pemain.

Antara perkara yang dipelajari PSBS Biak dari JDT apabila merekrut kepakaran kelahiran Argentina iaitu Esnaider dan Hector Bidoglio sebagai jurulatih Harimau Selatan juga berasal dari negara Amerika Selatan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram