SETIAP pasukan bola sepak pastinya memerlukan seorang pemimpin yang baik untuk memotivasikan rakan sepasukannya.
Ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools mahu rakan sepasukannya melupakan aksi ketika berdepan Republik Kyrgyz dan segera mengubah fokus menentang Taiwan dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Cools turut menggesa agar pasukannya itu untuk melupakan keputusan seri menentang Republik Kyrgyz dan memberi fokus untuk menewaskan Taiwan dengan jumlah jaringan yang besar.
BACA LAGI: Hanya seri di Kyrgyzstan buatkan Harimau Malaya perlu 8 gol, magis berdepan Taiwan di Bukit Jalil
BACA LAGI: Selain Bambang Pamungkas, bekas coach HM antara 3 nama boleh ganti Dennis Bekking
Cools gesa rakan sepasukannya memberi fokus aksi berdepan Taiwan pada Selasa. — Facebook/FAM
Malaysia yang terpaksa beraksi tanpa pemain utama seperti Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi hanya berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang di Bishkek pada Khamis untuk kekal di kedudukan ketiga.
Skuad kebangsaan berada tiga mata di belakang lawan Asia Tengah mereka dengan Oman sudah mengesahkan kelayakan selepas menang 3-0 ke atas Taiwan.
Harimau Malaya kini perlu menewaskan Taiwan dengan kelebihan jumlah jaringan yang besar sambil berharap Oman menewaskan Republik Kyrgyz untuk mencapai kelayakan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 buat kali pertama dan mengesahkan tiket awal ke Pusingan Akhir Piala Asia 2027.
Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu turut menegaskan agar pemain kebangsaan perlu mengubah mentaliti dengan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menewaskan skuad Blue Wings itu.
“Saya memberitahu mereka bahawa kami perlu mengubah mentaliti dengan cepat untuk perlawanan akhir pada Selasa demi mendapatkan kemenangan besar.
“Ia adalah perlawanan terakhir dalam kumpulan D tetapi kami berharap ia bukan yang terakhir dalam kelayakan Piala Dunia.
“Di laman sendiri, kami mempunyai kelebihan, bukan mudah untuk pasukan lain datang ke sini untuk menentang kami.
"Mudah-mudahan, kami akan mendapat sokongan terbaik untuk membantu kami berjuang," kata Cools, yang juga berharap penyokong Malaysia akan hadir di Bukit Jalil.
Cools juga mengingatkan rakan sepasukannya untuk menunjukkan konsistensi yang mereka tunjukkan pada separuh masa pertama seri 1-1 menentang Kyrgyzstan di Bishkek.
“Saya rasa kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi kurang sedikit pada separuh masa kedua.
“Kami benar-benar mahu memenangi perlawanan ini tetapi keputusan seri layak menentang Republik Kyrgyz, yang berada di ranking ke-100 dunia.
“Kini, jelas apa yang perlu kami lakukan nanti, kami perlu menang dan menjaringkan banyak gol menentang Taiwan," ujarnya. — The Star/LIMTEIKHUAT
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram