Saya ada berhubung dengan Nafuzi Zain — Liridon Krasniqi


  • Podium
  • Khamis, 06 Jun 2024

Liridon pernah mewakili Kedah pada 2015 hingga 2019.

PEMAIN naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi mendedahkan bahawa dia sudah pun menghubungi Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain sebelum Liga Super bermula musim ini.

Bekas pemain Kedah itu menyatakan hasratnya untuk kembali beraksi bersama Sang Kenari selepas bergelar ejen bebas pada musim lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Liridon menjawab persoalan peminat yang bertanyakan soalan mengenai kemungkinan dia kembali ke Kedah jika diberikan peluang kedua.

BACA LAGI: [VIDEO] Rekod 'ngeri' kelab Liga M-Indonesia buat penyokong Sang Garuda terduduk

BACA LAGI: Sudah jumpa Tan Sri Daud Bakar, bakal penaja Kedah gembira MFL tukar waktu sepak mula

Liridon menjawab persoalan peminat itu dengan khabar gembira kerana dia sentiasa berharap dapat kembali ke Kedah.

"Saya ingin berkongsi sesuatu kepada keluarga Kedah. Saya sentiasa gembira untuk kembali beraksi bersama Sang Kenari.

"Sebelum musim ini bermula, saya ada berkomunikasi baik dengan jurulatih Nafuzi.

"Saya memberitahu jurulatih (Nafuzi) yang saya sangat gembira untuk beraksi di bawah kendaliannya dan beliau juga berminat untuk saya berada di dalam pasukannya," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-06 at 12.18.37 PM

Perkongsian yang dimuat naik oleh Liridon dalam Instagram.

Namun begitu, perpindahan tersebut tidak dapat direalisasikan kerana ada beberapa isu dialami pasukan Kedah yang menyebabkan perpindahan itu tidak berlaku.

"Bagaimanapun, disebabkan beberapa situasi yang berlaku dalam kelab, perpindahan itu tidak berlaku.

"Tapi saya sentiasa bersedia dan untuk kembali ke rumah (Kedah) dan membantu walau apapun isu yang sedang berlaku.

"Perasaan cinta saya kepada Kedah seperti mana cinta saya terhadap keluarga.

"Saya ingin menjawab tentang persoalan ini kerana saya menerima banyak soalan yang sama beberapa bulan lalu.

"Saya ingin anda tahu semua kebenarannya, selamanya Hijau Kuning," jelasnya.

Untuk info, Liridon pernah beraksi bersama Kedah pada musim 2015 hingga 2019 dan berjaya memenangi beberapa kejuaraan Liga Malaysia antaranya Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016 dan Piala FA 2017.

Kini Liridon masih bergelar ejen bebas selepas Terengganu tidak berminat untuk menyambung khidmatnya walaupun sudah menamatkan kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram