LIGA A1 Semi Pro musim ini boleh dikatakan semakin meriah apabila lebih daripada 15 kelab yang bertanding dibarisi bekas pemain kebangsaan.
Azamuddin Akil bersama YPM FC dan BRD FC yang dibintangi Kogileswaran Raj merupakan antara contoh terbaik dengan kesemua daripada mereka mempunyai tarikan tersendiri.
Namun, salah sebuah pasukan yang seakan-akan dilupakan ialah Melaka FC yang bukan sahaja memiliki bekas bintang tanah air, malah dikendalikan jurulatih ternama tempatan, K Devan.
BACA LAGI: 'Selamat tinggal Piala Dunia', peliknya friendly HM lawan Perak sekadar 70 minit
BACA LAGI: Perak FC, Yusri Che Lah bakal tuai manfaat besar lawan Harimau Malaya
Jadi, tidak hairanlah apabila mereka kini berada di kedudukan kedua Liga A1 Semi Pro selepas meraih kemenangan dalam aksi pembukaan menentang PIB Shah Alam.
Dalam perlawanan berlangsung di Stadium USIM, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu, skuad kendalian Devan meraih kemenangan 4-1 dengan bekas kapten Perak, Nasir Basharudin merupakan salah satu penjaring gol.
Pada minit ketujuh permainan, pemain berusia 34 tahun berkenaan melepaskan satu rembatan deras yang sekali gus menewaskan penjaga gol tuan rumah, Nor Amin.
"Berusia 34 tahun, bekas pemain kebangsaan dan negeri ini membuktikan usia bukanlah penghalang buat dirinya untu terus tampil memperagakan aksi setiap diturunkan pasukan.
"Lebih mesra dengan panggilan Acer, peranannya sebagai pemain tengah bertahan pastinya akan terus ditagih Devan untuk membimbing Melaka FC dalam saingan kali ini," kata AFL dalam satu hantaran di Facebook.
Nasir pernah menjadi tonggak utama skuad TBG selama beberapa musim. — Facebook/Perak FA
Berdasarkan perkongsian berkenaan, Nasir kelihatan memakai lilitan tangan kapten dengan pengalamannya sudah tentu diperlukan dalam kempen kali ini.
Di samping pernah beraksi buat beberapa kelab Liga Super lain, Nasir juga mewakili Harini FT dalam saingan Liga M3 musim lalu bersama bekas pemain kebangsaan lain, seperti Norshahrul Idlan Talaha.
Selain pernah menyarung jersi Harimau Malaya, pemain kelahiran Taiping, Perak itu juga dikenali sepanjang tempoh permainannya dalam skuad The Bos Gaurus (TBG).
Dia merupakan salah seorang pemain yang beraksi bersama Perak ketika mereka menjulang Piala Malaysia 2018, namun tidak berada dalam kesebelasan utama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram