Irfan Fandi boleh pilih 'reunion' dengan bapa atau sertai Selangor, JDT lepas tinggalkan Thailand


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Irfan Fandi dilepaskan oleh BG Pathum United. — Agensi

CERITA berbeza dicatatkan oleh pasangan adik beradik Ikhsan dan Irfan Fandi di kelab Thailand iaitu BG Pathum United. Saat si adik Ikhsan memperoleh kontrak baharu sehingga 2027, lain pula kisahnya untuk si abang.

Kontrak Irfan bersama kelab Thailand itu tidak lagi disambung dengan dia boleh menyertai mana-mana kelab selepas tamat musim domestik Thailand 2023/2024 pada akhir Jun kelak.

Jika Malaysia adalah destinasi seterusnya, ke manakah tempat untuk pertahanan tengah Singapura ini tuju?

BACA LAGI: Azam Azih, duo 'ex' JDT patut dalam senarai Fandi Ahmad lawan Kuching City

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ibarat wiper', Fandi Ahmad puas hati saksikan sumbangan permata baharu Tok Gajah

Berjejak kasih di Pantai Timur

Salah satu destinasi yang boleh dituju oleh Irfan adalah terus terbang ke Pantai Timur untuk menyertai bapanya, Fandi Ahmad di Sri Pahang FC.

Berada di bawah bimbingan bapa sendiri, sudah pasti Irfan sudah tahu selok belok pengurusan Fandi berdasarkan pengalaman mereka bersama-sama dalam skuad kebangsaan Singapura satu masa dahulu.

Ia juga satu situasi baik buat Sri Pahang juga. Sejak beberapa musim, mereka sering menjadikan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai tempat untuk mendapatkan pemain. Musim ini saja, mereka meminjam Adam Nor Azlin untuk mengemudi pertahanan.

Apa kata kali ini Sri Pahang pecahkan tabung untuk membawa Irfan menyertai mereka. Cuma persoalannya, larat tak nak bayar gaji?

Fandi-Ahmad-1

Fandi Ahmad boleh bersatu dengan anaknya di Sri Pahang.

Menyambung legasi Singapura

Sejak dulu, Selangor FC lebih dikenali kerana hubungannya dengan Indonesia. Daripada zaman Ristomoyo Kassim kepada Bambang Pamungkas hinggalah Andik Vermansah, mereka sentiasa cemerlang untuk Gergasi Merah.

Selepas Indonesia, legasi Singapura boleh hadir dan menjadi lipatan sejarah bola sepak Selangor. Kehadiran Irfan boleh menjadi pengganti kepada Safuwan Baharudin yang kini merupakan kapten Gergasi Merah.

safuwan-selangor

Safuwan kini merupakan kapten Selangor.

Dengan Safuwan boleh dianggap di fasa akhir karier bermain, Irfan boleh dijadikan sebagai pengganti terbaik memandangkan mereka berdua beraksi di posisi sama.

Jika Irfan berjaya disambar Nidzam Jamil, ia boleh menjadi satu kenyataan tegas, Selangor mahu piala musim ini.

Perpindahan masyhur dan lebih dekat dengan rumah

Seandainya Irfan mahu lebih dekat dengan rumah, dia boleh memilih untuk menyertai perpindahan masyhur ke JDT.

JDT-Juara-Liga-Super-2023-Julang-Trofi-SSI

JDT menjuarai Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut.

Masih mengekalkan status bermain di kejohanan elit Asia, Irfan masih boleh membuktikan kepada bekas kelabnya yang ia adalah satu kesilapan untuk melepaskannya.

Bermain untuk JDT pastinya menaikkan sahamnya dengan piala hampir pasti akan datang kepadanya setiap musim.

Tetapi Irfan perlu sedar, cabaran di JDT terlalu kuat dan tak semua mampu menghadapinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram