[VIDEO] Breakfast FC, wujudnya kerana sembang sarapan pagi


  • Hobi
  • Rabu, 05 Jun 2024

Breakfast FC memenangi perlawanan persahabatan semasa menentang kumpulan Kesihatan Simpang 4 Alor Star.

SIAPA sangka hanya dengan sebuah pertemuan ketika bersarapan pagi mampu mencetus idea untuk menghasilkan sebuah kumpulan futsal iaitu Breakfast FC.

Kapten Breakfast FC, Hafiz Ramlie berkata, pertemuan ketika berada di kedai makan Pak Ndak Peruda, Alor Setar, Kedah menjadi titik mulanya penubuhan kumpulan futsal itu.

"Nama Breakfast FC adalah hasil daripada cetusan Hafiz Ramlie, di mana pertemuan sesama ahli akan berlaku pada waktu pagi di samping masing-masing mengalas perut untuk bersarapan pagi," katanya.

BACA LAGI: Cerita kebudayaan, filem animasi cetus ilham Auni lukis potret, jahit baju

BACA LAGI: Hadiah ibu bapa cetus minat, kumpul kasut legenda bola sepak sejak masuk UiTM

WhatsApp Image 2024-06-04 at 10.52.56 PM

Hafiz Ramlie memberitahu, apa yang menariknya juga, Breakfast FC dianggotai ahli terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan.

Breakfast FC kini bergiat aktif dalam perlawanan futsal sesama ahli kumpulan yang lain.

Pada Selasa, Breakfast FC mencipta nama selepas merangkul kemenangan dalam perlawanan persahabatan menentang kumpulan Kesihatan Simpang 4 Alor Star.

"Breakfast FC menjaringkan enam gol manakala Kesihatan Simpang 4 Alor Star memperoleh dua mata," katanya.

Meskipun sudah bergelar juara, Hafiz Ramlie beranggapan bahawa keputusan perlawanan itu bukanlah matlamat utama mereka.

"Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan mengeratkan silaturahim dan juga beriadah untuk kesihatan," katanya.

Difahamkan, Breakfast FC akan merancakkan lagi perlawanan persahabatan bersama kumpulan lain untuk memperoleh gaya hidup sihat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram