'Nidzam Jamil penyabar, tak sorok apa-apa daripada saya'


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Sebagai jurulatih Selangor, Nidzam disifatkan jujur dan terbuka terhadap peranan anak buahnya dalam pasukan.

PEMAIN sayap Selangor FC, V. Ruventhiran mendedahkan bahawa jurulatih kelab Gergasi Merah, Nidzam Jamil memainkan peranan penting dalam pemulihannya ketika ini.

Pemain berusia 22 tahun yang pernah bermain untuk Petaling Jaya City FC juga mengakui pengendali Selangor itu bersikap jujur dan terbuka dengannya mengenai peranannya dalam pasukan.

"Apabila saya mengalami kecederaan, jurulatih Nidzam sentiasa ada untuk saya. Dia mahu saya pulih dengan baik dan tidak tergesa-gesa. Saya gembira dia berbuat demikian kepada saya. Saya bersedia untuk memberikan 100 peratus kepada pasukan.

BACA LAGI: Ada 2 'clean sheet' saja tak cukup, kami mahu kalahkan Thailand — Ruventhiran

BACA LAGI: Walaupun sudah 10 tahun, FAM masih tetap pendirian mahu jadi juara Pestabola Merdeka

446935961_972123814919347_8882060847799293520_n

Selangor meraih gelaran juara bagi kejohanan persahabatan RCTI Premium Sports. — The Star

"Dia adil dan tidak sorok atau sembunyikan apa-apa daripada pengetahuan saya. Apa sahaja yang dia mahu daripada saya, dia beritahu. Dia banyak bersabar dengan proses pemulihan saya dan juga memberitahu di mana dia melihat saya sebagai pemain.

"Dia lebih suka saya sebagai pemain pertahanan. Tetapi jika mereka memerlukan pemain sayap, saya sentiasa bersedia. Setiap pemain perlu tahu cara bermain di mana-mana sahaja," katanya lagi.

Sementara itu, Ruventhiran berkata, dia bersedia melakukan yang terbaik buat Selangor FC selepas berehat selama tujuh bulan akibat kecederaan dialami.

msg1050426791-33197

Ruventhiran juga merupakan bekas pemain Petaling Jaya City FC. — The Star

Dia yang kembali beraksi muncul dalam dua perlawanan bersama Red Giants termasuk aksi bertemu Persija Jakarta dalam Kejohanan Persahabatan RCTI Premium Sports pada Ahad lalu.

Dalam perlawanan akhir itu, Malaysia berjaya merebut trofi dengan menewaskan pasukan Persija 1-0 di Stadium Antarabangsa Jakarta, Indonesia.

"Dua tulang metatarsal saya patah, tapi saya percaya akan ada sesuatu yang baik menanti di sebalik episod buruk itu.

"Itu adalah moto untuk saya bangkit semula sebelum turun ke padang. Beraksi untuk Selangor adalah satu kebanggaan buat saya," katanya.

msg1050426791-33198

Ruventhiran kembali beraksi dalam perlawanan pertamanya di Jakarta selepas tujuh bulan berehat. — The Star

Ruventhiran berkata, perlawanan di Jakarta itu seperti pramusim baginya kerana membolehkannya menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan.

"Ia sangat penting kerana saya berada di luar pasukan selama dua bulan setengah apabila saya cedera semasa panggilan kebangsaan pada Mac lalu.

"Sebelum terbang ke Jakarta dan berada di sana, saya dapat bersama rakan sepasukan dan mengenali sistem serta apa yang Nidzam mahu," tambahnya.

Jelasnya, bukan mudah untuk dia kembali ke tahap lebih tinggi namun, Ruventhiran tetap akan berusaha sepanjang berada dalam pasukan itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram