Apa khabar pemain abroad? Ada hilang kelab, ada pula diburu pasukan Eropah


  • Podium
  • Sabtu, 01 Jun 2024

Annil ketika memperkuatkan skuad B-23 kebangsaan pada kempen Piala Asia B-23 di Qatar pada Mac lalu. — Instagram/Annil

SETIAP pemain bola sepak pasti memasang impian untuk beraksi di saingan luar negara susulan idea berkenaan sudah diletakkan sebagai penanda aras untuk mengukur salah satu kejayaan seorang pemain profesional.

Tidak dinafikan bermain di pasaran luar negara khususnya liga Eropah akan memberi pendedahan dan pengalaman berbeza kepada pemain namun bukan semua akan menerima nasib baik yang sama.

Hal ini kerana, ada juga pemain berpangkalan di luar negara yang sekadar menghangatkan bangku simpanan dan akhirnya mereka sekadar ‘makan angin’ dan bukannya mencipta nama sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

BACA LAGI: Dia ada apa JDT perlukan', import baharu Harimau Selatan dilabel pengganti Leandro

BACA LAGI: JDT mungkin kempunan lagi, 2 kelab Eropah berebut khidmat Dion Cools

Namun, bukan semua pemain melalui fasa buruk bermain di luar negara kerana ada sahaja contoh baik bintang bola sepak tanah air yang sukses membina identiti serta membentuk karier bola sepak mereka.

Kali ini, Majoriti berkongsi perkembangan karier tiga pemain tanah air berpangkalan di luar negara;

1) Annil Vigneswaran

WhatsApp Image 2024-05-31 at 19.45.17

Annil ketika beraksi dengan SV Sandhausen. — Instagram/Annil

Pada bulan Mac 2022, khabar gembira datang dari Jerman apabila pemain pertahanan muda negara, Annil Vigneswaran dilaporkan bermain bersama kelab yang beraksi di divisyen kedua liga bola sepak negara iaitu SV Sandhausen.

Selepas bersama Sandhausen, pemain berusia 20 tahun itu pula berkhidmat bersama Freighburger pada Julai 2023 dan setelah itu, menandatangani kontrak selama semusim bersama kelab divisyen tiga Bundesliga, SV Waldhof Mannheim 07.

Annil telah berkelana ke Jerman sejak usia 16 tahun dan mewakili beberapa pasukan seperti SV Sandhausen, SGV Freiberg dan Freiburger FC.

Pengalamannya bersama beberapa kelab Jerman itu membuatkan bek tengah berkenaan dipanggil untuk memperkasakan skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan pada kempen Piala Asia B-23 di Qatar pada Mac lalu.

Perkembangan terbaharu mengenai pemain kelahiran Kuala Lumpur itu apabila dikhabarkan Annil kini berstatus ejen bebas dan ia membuka peluang kepada kelab domestik untuk bersiap sedia memberi tawaran kepadanya.

2) Luqman Hakim Shamsudin

WhatsApp Image 2024-05-31 at 19.45.15-3

Luqman Hakim merekodkan empat penampilan bersama YSSC Yokohama. — Instagram/LuqmanHakim

Penyerang muda tanah air, Luqman Hakim Shamsudin diperkenal secara rasmi sebagai pemain baharu untuk kelab divisyen tiga Jepun (J3 League) iaitu YSSC Yokohama pada awal tahun ini.

Pemain berusia 21 tahun itu memilih untuk berkelana di negara Matahari Terbit berkenaan apabila berjaya mendapatkan perpindahan pinjaman daripada kelab asalnya dekat Belgium iaitu KV Kotrijk.

Penyerang Harimau Muda itu meletakkan sasaran peribadi untuk sekurangnya meledak 10 gol dalam saingan tersebut pada musim ini namun masih belum tercapai.

Selepas hampir enam bulan bersama YSSC Yokohama, perjalanan karier Luqman di Jepun bagaimanapun masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan selepas pemain itu hanya memperoleh ruang untuk beraksi sebanyak empat kali.

Kali terakhir pemain kelahiran Kelantan berkenaan beraksi bersama YSSC Yokohama pada 20 Mac lalu dan kali terakhir dia disenaraikan dalam skuad kelab itu ialah ketika menentang Iwate Grulla M.

3) Dion Cools

WhatsApp Image 2024-05-31 at 19.45.15-2

Cools difahamkan menarik minat dua kelab Belgium. — Facebook/Buriram

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools antara yang mencipta nama di pasaran luar negara dengan baru-baru ini membantu Buriram United di saingan Liga Divisyen Satu Thailand (Thai League 1) sehingga merangkul trofi Thai League 1 musim ini.

Sejak menyertai skuad Thunder Castle pada 2022, Cools sudah menempa pelbagai kejayaan dengan menjulang trofi Thai League 1 sebanyak dua kali, Thai League Cup sekali dan Thai FA Cup pada musim lepas.

Selepas cemerlang bersama Buriram sejak 2022, pemain warisan Malaysia-Belgium berhasil menarik minat dua kelab Belgian Pro League iaitu Cercle Brugge dan OH Leuven.

Dengan kontrak Cools difahamkan berakhir pada Jun 2024, kebarangkalian untuk mana-mana kelab bagi mendapatkan khidmatnya boleh berlaku dan ia akan menambah pesaing buat dua pasukan Belgium itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram