Shamie Iszuan ada speed tapi fans lebih gemar supersub Sabah dan ubi JDT ganti Darren Lok


  • Podium
  • Selasa, 28 Mei 2024

Shamie Iszuan (baju oren) ketika berkunjung ke Likas ketika bertemu Sabah pada Ahad Sabtu lalu. — Facebook/JDT

HARIMAU Malaya terus dirundung nasib malang untuk tugasan negara kali ini apabila seorang lagi pemain iaitu Darren Lok terpaksa diketepikan akibat kecederaan menjelang dua aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Kehilangan Darren yang juga berperanan sebagai penyerang kebangsaan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit buat jentera hadapan Harimau Malaya selepas perlu mengetepikan Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Romel Morales dan Syafiq Ahmad.

Perkembangan mengenai kecederaan Darren itu disahkan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dan akhirnya memutuskan untuk memanggil pemain sayap Kuching City FC, Nur Shamie Izsuan Amin bagi mengisi kekosongan berkenaan.

BACA LAGI: Hatrik dalam Piala MFL, bagaikan sudah tiba masanya anak Sarawak ganti Bergson

BACA LAGI: Azam Azih, duo 'ex' JDT patut dalam senarai Fandi Ahmad lawan Kuching City

"Shamie Iszuan yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini (Selasa) bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun dan Chinese Taipei pada 11 Jun 2024.

"Shamie, 29, menggantikan Darren Lok dari Sabah FC yang hadir melapor diri, semalam (Isnin tetapi terpaksa dilepaskan, hari ini selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan hamstring.

"Semoga Darren cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang," kata jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dalam kenyataan pada Selasa.

JAEEF

Jafri Chew antara pemain yang diharap mendapat panggilan semula bersama Harimau Malaya. — Facebook/JDT

Shamie Iszuan bukanlah nama kegemaran penyokong walaupun perlu diakui pemain kelahiran Kuching, Sarawak berkenaan mempunyai kelajuan yang diperlukan sebagai seorang penyerang sayap.

Pemain itu mula menyinar ketika aksi Piala AFF 2022 yang lalu namun prestasinya bersama Sri Pahang FC dilihat gagal membantu jentera serangan pasukan dan sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong.

Menyoroti reaksi penyokong di media sosial, pemain ke-12 Harimau Malaya lebih gemar untuk menyaksikan nama seperti pemain Sabah FC, Jafri Firdaus Chew dan 'ubi muda' Johor Darul Ta'zim (JDT), Gabriel Nistelrooy.

GAB

Gabriel sekali lagi membuktikan kualitinya ketika membantu JDT II menundukkan skuad muda Sang Badak. — Facebook/JDT

Nama Jafri Chew kembali meniti di bibir penyokong selepas menjadi super sub untuk Sabah apabila menjaringkan gol kemenangan ke-85 Rhinos dalam kemenangan 2-1 ke atas Kuching City pada Sabtu di Stadium Likas selepas masuk hanya selama 13 minit.

Manakala, Nistelrooy pula penyerang sedang meningkat naik JDT dengan baru-baru ini mencetak hatrik bagi memastikan tiga mata pertama diraih untuk membantu skuad muda Harimau Selatan memulakan kempen dengan langkah kanan dengan keputusan 3-0 ke atas Sabah bawah 23 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram