JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan selain perlu beraksi dengan kesakitan kaki ketika berdepan Viktor Axelsen dari Denmark dalam perlawanan akhir Masters Malaysia di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Ahad.
Walaupun berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengaku kalah, pemain itu terpaksa akur bahawa kejuaraan bukan miliknya setelah tewas kepada Axelsen dalam pertarungan tiga set dengan keputusan 6-21, 22-20 dan 13-21.
Set pertama menyaksikan Zii Jia tidak dapat menemui sentuhan dan rentak permainannya dengan Axelsen berjaya mempamerkan kualitinya dengan mendahului 7-1 sebelum melebarkan jurang mata.
BACA LAGI: 'Dah macam skor badminton', kelab Intan Serah mudah robek gawang pasukan Jepun 15 kali
BACA LAGI: Dapat bajet tertinggi RTG, badminton kekal sukan harapan buru emas Olimpik
Zii Jia (kiri) menamatkan saingan Malaysia Masters sebagai naib juara.
Kisah berbeza disaksikan pada set kedua apabila Zii Jia mendapat angin baru dan mula menemui sentuhannya dengan dia 11-4 tetapi selepas rehat, Axelsen bangkit mengejar hingga berjaya menjadikan kedudukan 19 sama.
Zii Jia kemudian meraih mata akhir 20-19 tetapi Axelsen dapat menyamakan kedudukan 20 sama, namun pemain kelahiran Kedah itu akhirnya berjaya raih dua mata akhir selepas harungi saat-saat mencemaskan untuk menang 22-20.
Permulaan set penentuan tampak Zii Jia mengalami kesakitan apabila ketinggalan 4 kosong dan kemudian meminta rawatan pegawai perubatan.
Ketika itu, kelihatan dia sudah bersedia untuk menamatkan perlawanan itu apabila sudah bersalaman dengan pemain no 1 dunia itu.
Namun, dia kemudian meneruskan permainan tetapi ketinggalan 2-5 sebelum rapatkan jurang kepada 6-7.
Tetapi, dengan pergerakan kaki yang makin terbatas, ia menjadikan mudah buat Axelsen untuk mendahului 17-12 dan kemudian menamatkan aksi dengan kedudukan 21-13. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
