Zii Jia lakar sejarah baharu, lepasi rekod 2020 jumpa Axelsen di final


  • Podium
  • Sabtu, 25 Mei 2024

Zii Jia kini berpeluang merangkul kejuaraan kedua berturut-turut selepas memenangi Terbuka Thailand minggu lalu.

PEMAIN badminton negara, Lee Zii Jia menunjukkan semangat yang tinggi untuk mara ke perlawanan akhir Malaysia Masters pada Sabtu.

Dia yang dilihat berada pada prestasi terbaik berjaya menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long 21-15, 21-17 dalam aksi yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Zii Jia yang juga pemain nombor 10 dunia mara ke final pertamanya dalam kejohanan di gelanggang sendiri, sekali gus mengatasi pencapaiannya pada 2020 yang menyaksikan dia berjaya mara ke separuh akhir.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Tarik diri pun tak selesaikan masalah kewangan KDA FC

Pemain berusia 26 tahun itu kini berpeluang merangkul kejuaraan kedua berturut-turut selepas memenangi Terbuka Thailand minggu lalu.

Zii Jia bagaimanapun bakal berdepan halangan sukar dalam perlawanan akhir apabila dijadual menentang pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pada Ahad.

Pemain Denmark itu juga berada dalam prestasi terbaik selepas mudah menewaskan pemain China, Lu Guangzu 21-6, 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram